Wednesday, December 7, 2011

Masa Utk Tukarkan Segalanya!

Bulan nih  my Bluwey dihantar semula ke pusat servis berhampiran utk preventive 60000km service.
Apa kau???
Mile age utk kereta yg dh memasuki usia 2 tahun dh achieved 60000km?
Memang..kami suami isteri menggunakan Bluwey secara hardcore. Bila berjauhan nih lg-lg hardcore jadiknya.

Firstly, aku tau billing cost die is almost RM287 slps pertukaran engine oil dan yg sepatutnye ditukar dlm normal servis. Plus a few inspection.
Then aku request la nk tukar rubber and wiper blade.
Okeyla, boleh terima akal la regenya. Even sebelum pergi servis dh call tanya.
Then., tengah aku feeling layan TV kt waiting room, foreman cakap.."Kak, itu oil seal ada leakage la..."
Ok.
Takpelah, nasib die inspect dgn begitu teliti kalau tak tahu, agak bahaya la aku nk p jalan jauh hujung minggu depan kan.
Fuhhh..nasib oil seal tuh dlm warranty beb. Kalau tak, dlm RM100 lebih la harga dia.

Pastuh lagi skali die masuk.
"Kak....bateri sudah mau kong la..."
Mak oiii...bape riban aku nk kene kuar duit nih.
Dh nk kong la kak...belum kong lagik.
"Xpela dik, tukar jek la....akk nk travel minggu depan..."
Okey..and the bill is add some more RM200 okeh....

Banyak perkara utk kereta yg tidak dijangka pada bulan ini.
Aku sayang giler kereta aku kot.
Kalau takde suami lagik, Bluwey jd tempat pertama la.
Even kereta nih dh banyak dh tragedi-tragedi hitam berlaku.

Dan kebiasaannya, kereta aku nih banyak terkorban sbb untuk SEKOLAH aku.
Kenapa cakap mcm nih??
Tahun nih sekali lagi, aku kene tukar tayar sebijik sbb masa on the way nk balik sekolah (sempena nk jage budak-budak SPM kt hostel) dlm hujan lebat dan gelap....kami telah langgar lubang yg dalam.
Kesannya, tayar kereta pun dh muncul 'bengkak' satu istilah khas utk tayar kereta yg tetiba jadi benjolan di tayar.
Sama spt tahun lepas.
Demi utk sekolah, dlm perjalanan ke sekolah tuh la juga dlm hujan lebat.
Sbb masuk lubang jugak aku dh tukar rim kereta weh..
Now kereta aku ade 6 set rim.
Memang mase ni sakan aku nk carik dit weh.
Terguna la sikit duit saving utk kenduri kawen.
Ak rasa mcm aku nk saman JKR Simpang Pertang.
Lgi nk saman 2 kali ganda ADUN kawasan situ.
Berapi betul aku
Sbb masa hari tak ujan pun lubang di bahu jalan tuh dh lama dh wujud, xbaiki-baiki pun.

So, citer pasal tayar kereta nih mesti ade satu kisah khas disetiap hujung tahun,
Hari nih, aku mampu tukar sebijik jek la walaupun kene marah ngan Pak Mentua..."Mana boleh tukar satu, kene tukar dua-dua..."
Aish...boleh aboh tukar 2-2..boleh bagi kan duit sekali???

Utk usia dua tahun Bluwey..masa utk tukarkan segala-galanya.
Termasukalah Road Tax dan insurans awal tahun depan.
Sekian.
Semoga Bluwey gembira selalu dgn tayar baru dan bateri baru.
Jangan sedih dgn segala ujian dan cabaran yg menimpa kamu....
Luv You!

Perghhh..sticker SIRIM kt kunci pun dh nk terbuka dh gamaknya...Siannya kamu. Tp performance tak pernah mengcewakan la...Dream....

No comments: