Friday, December 30, 2011

Awal dan Hujung..

Bile tengok last entry adalah pd awal Disember lalu.
Kini aku kembali menaip bila dh nk diambang tahun baru. Kire hujung bulan la.
Nampaknye skop kerja aku menaip adalah pd awal dan hujung bulan.
Banyak idea nk tulis tp tak tertulis.
Dan banyak juga perkara dan aktiviti aku lalui sepanjang Disember ini tapi belum sempat kukongsikan dgn rakan-rakan even a pic!

Rasa sangat diberkati kehidupan ini.
Walaupun belum Tuhan kurniakan rezeki nk ada baby dlm tahun ini juga...at least Tuhan bg kita rezeki dlm bentuk yg lain.
Saya sekarang sibuk membeli brg kemas.
Bukan utk menunjuk-nunjuk tp ini perlaburan saya utk masa hadapan.
Dulu sangat la naif dan bodoh tentang pentingnya dan cantiknya memiliki gelang and so on.
Macam geli giler nk pakai emas warna kilat-kilat gitu.
Now I realize after harga agak tinggi skang nih walaupun ada kejatuhan sedikit.
Sampai sanggup saya buat pinjaman peribadi dari famili dan rakan karib sbb konon-konon nak beli before end of this December sbb Wah Chan wat sale.
Tp, jgn salah paham. Kitorang bayar kot balik after 3 Januari nih coz dh dpt dh dividen ASB.

Yg lagi seronok, gelang kawen sy agak panjang dan bile sy minta potong sket, terus boleh dpt sebentuk cincin. Horray.

Bulan nih jugak, bisnes eBay suami mcm dh cemerlang gemilang terbilang. Cayalah suami! I Luv U.
Seronok lak sy tgok akaun PayPal die yg bile convert to MYR dpt banyak....Hihi...
Sy claim upah tulih alamat customer. Satu sampul RM10. Demand tinggi giler.
Sy doakan bisnes beliau berjaya untuk tempoh-tempoh mendatang.
Ini aktiviti yg sy rasa buat kami happy dan terlupakan ttg 'anak' buat seketika.

Ya..memang Allah nk bg rezeki dlm pelbagai cara dan kaedah.
Dan tanpa kita sedari. Sebenarnya bahagia, gembira, suka, berkemampuan dan berkecukupan adalah juga rezeki dan nikmat yg kadang-kadang kita tak rasa sbb minda manusia selalu set rezeki selalu dlm bentuk duit, harta dan sebagainya. Salah konsep tuh ye kawan-kawan.
Lagi kalau kita tambah dgn rasa syukur....lagi lah bertambah berkat apa yg kita dapat. Insya Allah. Alhamdulillah.

Now kije-kije untuk 2012 pun dh mula menampakkan hasil.
So I'm ready la dh nk masuk sekolah. Everything prepared.
Coz antara azam tahun baru sy adalah..bersedia untuk dipantau, memberi kerjasama secepat mungkin bila diminta dan boleh balik awal bila 2.15pm tiba tak perlu stay up kt sekolah. Kemudian balik tengok TV dan....berehat secukupnya. Sekian.

No comments: