Hati telah digerakkan dengan satu kuasa nk paksa suami keluar petang semalam sbb nk menonton RIO. Rio disini refer kpd Rio De Jeneiro Brazil.
Rasa comelnya watak burung yg ada dalam poster promosi filem ini. Seperti ada sesuatu yg perlu aku korek dgn menghadirkan diri ke cinema.
Yes, memang ada sesuatu.
Kisah seekor burung yg diberi nama Blu tidak terlatih utk terbang sbb yatim piatu so takde mak ayah nk train dia terbang. Dibela pula oleh seorang manusia bernama Linda yg rasa Blu adalah segala-galanya pada beliau.
Rasanya tak perlu cerita lebih-lebih nnt xde plak orang nk sumbangkan RM9 utk pergi menonton. Lebih baik anda pergi sendiri dan hayati sendiri.
Lawak yang termotivasi ada dalam cerita ini. Takde yg negatif.
Yg penting bila kita ada keyakinan yg tinggi plus bila kita perlu menyelamatkan sesuatu itu atas dasar kasih sayang, perkara yg tak pernah/tak pandai kita buat selama ini, pasti akan datang satu kuasa ajaib yg membuatkan kita reti melakukannya.
Contohnya, kalau sebelum ini kita tak pandai bawak kereta, then tetiba waktu tengah malam suami/isteri kita sakit, dan perlu ke hospital tapi xde orang yg boleh tolong, pada ketika itu, anda pasti perlu membina kekuatan dan keyakinan, maka unsur-unsur ini bergabung menjadi satu kemahiran yg tidak semena-mena membuat andai terror gila drive suami/isteri anda ke hospital.
Seperti juga perkara yg sama berlaku pada makcik saya.
Suami sakit diabetes.
Perlu mendapatkan rawatan selalu.
Selalu call teksi utk hantar suami ke hospital.
Di rumah hanya ada sebiji motor.
Suatu malam, suami mendapat serangan jangkitan kuman pada paru-paru.
Makcik menggagahkan dirinya juga menunggang motosikal membawa suaminya ke hospital.'
Ketika itu makcik hanya memiliki lesen "L".
Dan sekarang, suami dia dah meninggal tahun lepas.
So, makcik sekarang dh ada kenderaan baru nk pergi kerja.
Bawa sendiri.
Iaitu motor tinggalan arwah suami.
So, setiap kali saya dan adik-beradik balik ke kampung, dia dah tak suruh hantar dia ke sana ke mari.
Krn sekarang dh sangat terror giler merempit, ada hati pula nk beli motor yg lebih ngetop.Thniah Mak Ngah!
Tuh la hidden motivation yg sebenarnya saya jumpa di dalam Rio ini.
Okey, pd yg lain-lain selamat pergi menonton.
Ada juga moral value of this movie....Yg jahat pasti mendapat balasan setimpal. Sekian.....
No comments:
Post a Comment