Lama betul tak menelusuri alam maya.
Minggu lepas memang tak berapa nk sihat.
Nih pun ada sisa-sisa patogen dlm tubuh yg tak termusnah lagik walaupun dengan kehadiran antibiotik yg aku sumbangkan secara pasif.
Suara skang sayup-sayup kedengaran. Batuk sangat teruk sehingga mengganggu tidur. Tapi syukur sangat kerana ada seorang hamba Allah yg telah ditakdirkan utk jadi suami aku skang nih. Jaga makan. Jaga minum. Jaga waktu rehat. Jaga waktu tidur. Jaga segala-galanya.
Tahukah anda kepada imej ini:
Ini adalah sumber minuman dan makanan yg aku perlu ambil ketika ini krn masalah penghadaman pada perut. Bukan lah aku ini pemakan si Yougurt itu tetapi first time paksaan dari suami, aku akur akhirnya. Sekarang dh rasa biasa makannya.
Alhamdulillah. Dan perut pun dh mula tak meragam. Andai kata suami bukan penasihat aspek pemakanan aku dirumah, maka terlantar lah aku dihospital ketika ini agaknya.
Last week juga, kami berpindah masuk ke kuarters bungalow sekolah. Penatnya... Seminggu juga membersih dan menghapdet rumah itu dr sebarang kekotoran. Alhamdulillah, ada student-student yg ringan tangan nk tolong aku dan suami.
Skang bungalow itu tinggal nk isi perabot-perabot supaya tak nampak sangat kosongnya. Cuma skang belum ada bajet tambahan lagi nk menyetelkannya. Sket-sket la kot kan. Nk beriya sangat pun macam malas sebab takut tak dok lama kt umah tuh. Nanti kalau tinggal sorang opkos la takutkan dan aku akan turun semula ke bilik warden bawah blok.
Anyway, buat masa ini adalah nk memastikan suami gembira tinggal dirumah itu bersama aku. Semoga Allah memurahkan rezeki kami dan melimpahkan kami dengan kebahagiaan berpanjangan. Dan malam ini adalah malam ketiga dan terakhir sesi membaca Yassin masuk rumah baru bersama para pelajar.....
No comments:
Post a Comment