Monday, December 17, 2012

My Little Chenta (Kisah Fadhwaa Part 2)

Ok u olls...Tgh tggu anak bangun nih boring-boring sempat juga la nk smbung entri yg lepas.
ECV. Prosedur perubatan yg pd aku sumpah sakit giler rase macam kene pijak dr atas secara bertubi-tubi.
Giler 4 orang doktor buat kt perut aku tp fail.
Tp time tuh xde pakar pun datang pantau. Punggung baby la yg dh engage kt laluan tuh.Suppose kepala kn. Tak bleh nk buat apa..Hmmmm

Then aku cakap doc sy xnk teruskan la...
Sy surrender awal. Let's discuss the tarikh utk czer tersebut..Fuhhhhhh!
Then a few minutes, baring semula utk check progress thru CTG.
Ak rasa rimas giler time tuh mcm xtenteram jiwa. Maybe kesan ubat yg fungsinya nk kecutkan rahim tuh kot.
Rasa berdebar tuh macam something yang pelik.
Then bacaan CTG diambil. Doc nih buat aku cuak jek sbb die asyik suruh aku goyang-goyangkan kaki jek coz something happen with da reading.
Ak pun mula risau weh...
Datang lg 10minit, kecoh para doktor tuh kata ade deccelerate graph pattern la..
Tibe-tibe one of them jerit..Ok emergency czer ready..Telefon OT cepat.
Haaaaa...aku ke yg kene pi OT tuh??
Wah..takutnye!Seriously aku sgt takut. Nk kene operate nih..Huhu.

Ak macam tak percaya la nk pi OT. Ak dah ler fobia hospital.
Dalam hati aku selalu berdoa moga bukan aku la yg akan jadi mangsa emergency czer tuh.
Sebab ak tak bawak langsung beg bby and ak.
Tak beli pun lagi maternity pad. Baru plan nk g beli kt Giant lepas buat ECV tuh.
Dah ler FIL & MIL baru jek fly g Langkawi belah paginye sbb attend persidangan hakim.
Memang ak berdua jek ngan suami kt Kuantan time tuh. Suami ak pun dh de muka cuak sikit kot mase nurse datang mintak sign die. Maybe die fikir die dh ler xtau pape, tibe-tibe nk kene sambut anak dalam a few hours lagi.

Well, akhirnye aku boleh terima hakikat yg pada 19/11/2012 aku akan bergelar mummy.
Then dari Day Care ditolak ke OT aku memang mcm tak nampak apa-apa kecuali pemandangan siling-siling hospital.
Sampai OT, pakar bius tuh introduce dirinya, giler punya ramah sampai aku lupa la yg aku akan ada sesi operate-mengoperate kejap lagi. Dalam fikiran ak, ak paling takut saat nk dicucuk saraf tulang belakang aku nih.

Nasib baik ak rabun, ak kurang nmpk sangat muka orang-orang yang ada dalam OT tuh.Ak sangat menggigil. Bile jarum dicucuk di belakang. giler terkejut. Start situ, lagi aku bertambah menggigil dan of course tak boleh nk angkat kaki. Memang tak rasa apa orang buat kt aku, tp kalo orang tekan-tekan aku tuh aku rase la sikit..

Dalam 15 minit gitu, doc cakap die nak kuarkn bby dh dr dlm rahimku.Dan seketika itu, ak dgr suara bby menangis. Anak aku kah??Wah boleh plak bermonolog macam tuh. Opkos la anak aku dah aku jek kt OT tuh.

A few minutes ketika hendak dijahit, doc bawa tunjuk anak aku n ak cium n state gendernye. Alhamdulillah. Syukur sangat. Lahir sudah seorang puteri comel yang sihat sempurna kepunyaan ak dan suami. Amanah dari Allah dan anugerah yg tak ternilai buat diri ini. Tapi menggigil sampai mengetap gigi nih memang sesuatu yg ak xboleh control la...Nk cakap aku gurl pun sampai tergagap-gagap. Giler btol penangan ubat bius tuh.

Yg sedihnye, tak dapat plak anak aku diletakkan di pangkuan dada macam org bersalin yg lain coz anak ak nk kene bawak naik SCN (Special Care Nursery) segera sbb perlu diberi bantuan pernafasan 60seconds.
Ak mcm dh xkisah jumpe sekejap ke lama ke yg penting anak aku selamat. Suami cakap anak ak mcm lemah sikit bile bawak keluar tuh yg kene bg bantuan pernafasan sekejap. Dan senang pakar nk pantau die selama ak di bawah pengaruh ubat bius tuh. 6 jam baru recover kot.

Dan. selesai proses jahit-menjahit kembali tuh, ak dihantar ke bilik pemulihan dalam setengah jam. Tak larat tuh nk angkat tangan sebab menggigil....Last, keluar dr OT, nmpk suami ak tggu kt luar ak rasa lega sangat..Selamat semuanya!

Now, kisah aku duduk di wad yg giler panas bermula....

Hi! Saya Fadhwaa binti Fadhlullah. Berat 2.8kg. Mase nih hari kedua bru dapat duduk dgn mama kt wad...

Monday, December 3, 2012

Sekian Lama....(Kisah Fadhwaa Part 1)

Salam.
Last entry adalah pada Aidilfitri yang lepas.
Uii kau! Berbulan giler. Bak kata orang kalau orang mengandung dan terberanak la..
Haha..
Memang aku dah ter'bersalin' dh pun.
Alhamdulillah. Alhamdulillah..Syukur Ya Allah.

Sepanjang mengandung, tak sempat nk hapdet ini blog la.
Asyik layan anak dalam perut jek. Kukuikui.
Konon-konon nk khusyuk monitor gerak baby.
Catat jek tidak.

Ok. Isnin lepas 19.11.2012, tepat jam 2.09pm waktu tempatan secara rasminya ak telah bergelar 'mummy' kpd seorang little mujahidah yg pd aku amatlah comel (kot orang lain kata xcomel, pedulik apa aku...). Kecomelannya membuatkan aku rasa nk makan dia balik biar masuk dalam perut semula.

Sebenonye,, ak nye EDD 12.12.12 (tarikh sikit punya plan baik kan papa...!). Isnin tuh baru 37 minggu usia kandungan. Last check-up di KK Paya Besar Kuantan (maklumla cuti sekolah..balik umah suami lerr...) doc kata anak aku nye position is breech. So die pun buatla reference letter utk aku p Day Care O&G HTAA utk buat ECV (External Cephalic Version). Prosedur utk betulkan kedudukan bby. Caranya boleh la korang sume tgok sndirik kt Youtube.

Sebelum buat tuh, doc dh explain kt aku risiko-risiko jika buat ECV nih dan aku jelas dan faham la. Kalau aku xnk buat pun xpe juga tp kene deal utk discuss tarikh buat elektif czer la. Tp aku nk try la dulu, kot-kot de rezeki aku bby diperbetulkan boleh ler bersalin normal.

****TO BE CONTINUED IN PART 2****

Wednesday, August 15, 2012

Salam Aidilfitri

Dah lama betul tidak menulis di paparan ini.
Ini baru namanya dah berbulan-bulan.
Well, kat sekolah sekarang jadi tersangatlah baik.
Bila on lappy memang hanya untuk melakukan kerja-kerja rasmi sahaja.

Ok...kami warga pendidik majoriti dah start cuti hari raya.
Well, saya rasa semua orang pun tahu itu sbb telah dicanang secara hebat di media-media massa.
So, saya pun tidak terkecuali dlm 3 hari tempoh persekolahan yang tinggal nih, mood raya dh menguasai diri. Nasib baik hari nih last day sekolah, P&P digantikan dengan pelancaran-pelancaran program.
Kalau tak memang merapu jugak nk mengajar coz not in a mood.
Tahun nih raya rumah nenek saya di Jerantut, Pahang.
Tahun lepas turn suami.
Jadi, dua hari suami tak cuti nih saya terpaksalah balik ke Kuantan nih dulu punch muka kt family di sini sbb tak raya dgn diorang diz year.
Maka saya telah mengambil langkah yang agak bijak dgn menumpangkan diri ini bersama-sama Cikgu Fakhri sampai ke Gambang sbb beliau nk balik Ganu.

Tak payah nk citer panjang-panjang sangat.
The most important thing nk tulis adalah.....


Dan MAAF ZAHIR BATIN all da readers and followers.
Semoga diberi kesempatan dan peluang bertemu rakan-rakan di hari raya nanti. Insya Allah.
Jemput datang rumah semua!!!

Monday, May 21, 2012

Tak Selesa..

Hye.
Salam Isnin.
Sabtu lepas check eG-Tukar.
Memang macam kambing btol keputusannya.
Tapi aku tak sedih sangat macam aku sedih last application tuh.
May be ade yang lebih penting aku mintak, aku dapat.
Heee...

Aku macam nk makan semua mende yang aku nampak.
Kadang-kadang aku siap bungkus kuih 2-3 ulas untuk aku kunyah-kunyah sebelum kelas.
Tp malangnya kuih tuh last-last school session aku buang dlm tong sampah.
Aku tak lalu makan....tak lalu sangat.
Kadang-kadang aku paksa menyumbatkannya.
Akhirnya, ia terkeluar jua dr tenggorok tekak aku nih.
Sampai aku fikir ade tak nutrien yg sempat terserap nih. Risau betul....

Moga aku kembali normal.
Namun kalau ini dugaannya sbg iringan pemberian ini..
Aku redha...=)

Thursday, May 10, 2012

Holla Readers...

Salam.
Perghhh memang lama giler tak menulis.
Sebab xde semangat lorrr...
Banyak yg berlaku dlm Mac dan April lalu. 
Sepatutnye ade blog, hapdet la selalu ye x???

Last Mac, Alhamdulillah mak dan abah selamat menunaikan umrah.
Selamat pergi dan balik.
Sangat hepi for both of them.
Apatah lagi bila mereka cerita pengalaman semasa berada di sana, saya rasa terpanggil dan tak sabar-sabar nk jejak kaki di sana.
Moga ade seru dalam masa terdekat.Insya Allah.
Mak beli macam-macam untuk kami adik beradik, sedara mara.
Tengs makkkkk!
Tp, ada satu dugaan besar buat mak di sana.
Pagi beliau menjejak kan kaki di bumi Madinah, mak dikhabarkan dengan berita pemergian nenek tersayang a.k.a mak kepada mak saya sendiri la.
Saya mungkin tak faham perasaan mak ketika itu, tp saya merasai kesedihan yang dua kali ganda dari biasa.
'Embah' nenek kesayangan saya.
Tak pernah terfikir kalau dia takde dah kt dunia nih sbb saya rasa beliau amat sihat pd pemerhatian saya.
Tak sangka sebab kematiannya kerana ada pendarahan dalam otak. Maybe sebab darah tinggi kot.
So, rasa ketidakseronokan menyambut Hari Raya tahun nih di Johor dh mula terasa kini.

April.
Sangat sibuk sbb dh mula bawa all my athletes to MSSNS Kejohanan Balapan & Padang.
Berulang tuh oiii dr Jelebu ke Kuala Pilah dalam seminggu.
Memang penat sangat tak ingat.
Tp at the end gembira hokkaayyyy.
Sbb most my student yg pergi tuh balik bawak pingat.
Ada yg dapat emas lagi. Hope dia selected la to MSSM.
Tahniah ye!!
Bulan nih juga saya dh genap berusia 26 tahun.
Yeahhhh..Hoyeahhhh.
Saya sangat berterima kasih pada mak dan abah yang selama ini bersusah payah membesarkan saya sehingga saya di hands over kpd suami saya ketika ini.
Walaupun dh de suami, still ngengade ngan mak abah sbb hujung minggu balik melepak umah mak.
Takde duit pinjam mak. Kuikuikuikui....
Takde adiah yg spesel pun except dpt ler aku bergaya dengan Galaxy Note.
Incik Suami suruh sy bertukar kpd Android la. Sng sy nak main game katanye...Hahahahaha.
Iyer la sangatttttt kn!!!Tengs la suami ku sayang. 
Luv you!
Dan yg paling menghepikan saya...
Apa yang saya nanti-nantikan selama ini akhirnye dikurniakan jua kepada saya.
Alhamdulillah Ya Allah.
Ini adiah tahunan istimewa yg sangat mengujakan.
Allah jualah pemberi rezeki dan Allah jualah Yang Maha Mendengar.

Dan akhirnya saya belajar sesuatu dari apa yg saya lalui selama ini..Bersabarlah. Apa yg kita minta atau mohon pastinya didengari Tuhan krn Allah itu Maha Mendengar. Allah jualah pemberi rezeki. Yang penting jangan putus asa untuk berharap dan berdoa dengan ikhlas tanpa bersangka buruk. Insya Allah...

Wednesday, March 21, 2012

Dewa 19 - Kosong

Hati saya ketika waktu ini adalah seperti tajuk lagu di bawah. Macam fikirkan sesuatu dan rasa nk kembalikan keadaan lalu. Dalam erti kata lain nk putarkan kembali waktu.
Supaya semua rasa penyesalan itu tak pernah datang menjengah saya.
Nak perbaiki segala yang yang tak baik pernah saya buat.
Nak rendahkan segala keegoan ini dan tidak turutkan kata hati.
Belajar menjadi POSITIF...(masih dalam proses)
Nak bersama-sama dengan orang yang selalu POSITIF.
Nak amalkan cara hidup yang sihat.]
Nak memaafkan orang lain dan anggap sikap orang yang pernah mengjengkelkan suatu ketika dulu adalah hanya satu kekhilafan.
Dan hanya nk fikirkan diri ini hanya insan biasa yang tak cukup sempurna, tak lari dari segala silap dan kelemahan tapi nk merasakan ada sesuatu yang hebat tersembunyi di balik tabir DIRI.....


Thursday, March 15, 2012

Lupa dan Istilah Sombong

Kuantan dan di musim cuti sekolah.
Haruslah berada di sini, di sisi suami.
Well, at the same time pada waktu ini ada seorang rakan sekolah pun rajin datang ke Kuantan untuk......mungkin berjumpa tunangnya. (Ehem..ehem...ehem)

Make it short.
Satu malam, suami muntah-muntah.
Beliau biase la kalau dh kene muntah-muntah tuh sampai merangkak tak larat punya pasal.
Then, daku bawak ler beliau ke klinik Asmara An-Nur. Dh la asmara ade Nur pulak. Camane tuh? Tak senonoh sungguh.
Klinik nih one of UMP's panel.
Tapi suami tak pilih klinik nih utk dapatkan rawatan. Kitorang pegi gak sbb nih jek yg 24 jam.
Waktu ketika itu adalah pukul 1 pagi lebih.
Ingatkan dapatla rawatan free sbb list panel rupanya die xterima sbb xcop. Puii sungguh la.
Ak dgn walletnye tinggal, suami lak de RM50 jek ( yela ingat boleh gune buku UMP), mmg terfikir2 la cara nk carik duit tambahan if charge more than RM50.
ATM boleh ke kuar after pukul 12 tgh mlm???
Nk mintak duit tambahan pada MIL or FIL mereka ondaway balik dr Ipoh. Tak sampai rumah lagi.
Terus teringat kawan yg dtg Kuanrtan tuh.
Mesej beliau minta bantuan if beliau tak tidur lagik.
Hmmmm..nampaknye mesej tidak berbalas. Dh tidur la tuh agaknye. Tak pela.

Lepas rawatan, bill pun keluar.
RM65. Wow...mane nk carik RM15.
Aku seluk punye seluk, de RM10 duit dalam jubah.
Suami lak de RM3 lagik.
Terkurang RM2.
Aku try tgok tempat coin box dlm kereta. Alhamdulillah...tepat-tepat RM2.

The next day...si kawan mesej bgtau..HP smlm caj. Baru bace mesej. Then beliau tanya, kenapa??? Yelah mlm smlm aku just mesej Tolong, emergency! Nk test la kot dh tidur or masih berjaga.
Then aku reply, tak de pe..dh setel n aku cerita la yg ak punya masalah kt klinik. So die reply lak.. Owh Alhamdulillah. Itu aja.
Yg buat aku terfikir adakah Alhamdulillah masalah aku dh setel or Alhamdulillah duit die selamat aku tak pinjam or Alhamdulillah die tak disusahkan. Sehingga kini itu jawapannya.

Memang agak berkecil hati sbb mmg hak die dan suka hati la die nk dtg Kuantan nih. Tp sbg seorang rakan yg mungkin agak close dgn aku dan suami jugak, at least inform la ade di Kuantan..
Nih kami lak yg beriye-iye call tanya ada di mana..Bukan nk meeting up sgt pun. Even dah balik pun tak de gtau. Kitorang yg buat assumption sendiri.

Yg lg bestnye, malam tadi sebelum tidur sembang-sembang dengan suami.
Dia tanya....".........dah balik ke???''
Aku jawab...."Ntahlah".
Suami pun kata sombong datang Kuantan.
Monolog yg sama aku fikir pd sebelah paginya.
Tak patut.....
Manusia kan....
Takpelah. Nasib kami la tuh dilupakan....

Monday, February 27, 2012

Holla..Now I'm Writing Back!

Wah..rase lama giler xmenulis di paparan ini.
Ekceli banyak nk share coz banyak aktiviti menarik aku dan incik suami lakukan bersama.
For ur info, menjelang jek tahun baru, hujung minggu kami memang penuh dan sengaja dipenuhkan. Belum rasa lagi berehat betul-betul kt umah.

Another few days, kita akan one step ahead to March.
Cepat betul masa berlalu kan kawan-kawan.
Pejam celik juga usia perkahwinan Ejato Nur Izzati dan Fad Zandra dah mencecah setahun 'jagung' pd 11 Februari yang lalu. Shud be dalam usia stahun tuh kitorang dh man ngan anak kot. Semua tuh sudah tertulis oleh suratan takdir. Itu semua kuasa dan rezeki Tuhan. Bak kata seorang rakan..SAMPAI MASA ALLAH BERI......Insya Allah.
Tp, itu bukan halangan kami untuk tidak menjalani alam rumah tangga dengan penuh bahagia dan suka duka.
Well, sy booked percutia ala dusun untuk suami.
Perghhhh..memang terbaik dr ladang gandum la. Hujan pulak tuh. Osem mosem. Nk tau kami pi mana....
Jeng..jeng....
Picture tells thousand words k...(sorry Pic pun amek kt Google jek la sbb gambo xcopy..) Kami pi Suria Hill Country House Janda Baik. Tempat nih macam satu private house jek. Belakang nih ada sungai and jeram....Romantik giler sbb de 4 walk-in guest jek hari tuh termasuk kitorang. Haha...

Suasana waktu malam....

Suasana bilik idur lebih kurang begini la....
Ekceli ada satu peristiwa la sebelum datang ke sini. Tgh2 syok dok membooking, terbooked pulak Suria kt JB nun. Yela sama company, eksaited sgt nk dtg sini sampai jd buta huruf. Dh ler book gune CC kan, dh risau la plak. Gelabah la jugak takut cancel nnt die kire one night stay. So aku telefon terus Suria branch JB tuh cakap masalah aku, then orang tuh cakap it's ok as long as belum 3 hari dari tarikh nk check-in. Mintak-mintak ler selamat sbb lum tgok lagi statement CC bulan nih. Hihi..

Well kitorang very happy staying there. Rasa tenang sangat! Nanti, anda yang lain boleh la datang Janda Baik.  Sojuk yo. Ekceli bile dh masuk dalam perkampungan nih, ramai orang jadikan rumah mereka homestay.
Hmmmm....kami memang kaki jalan-jalan. Nk tahu apa plan kami next trip????
Lepas terbaca dlm Majalah Santai kami teringin nk pi sini....do visit....http://www.tanah-aina.com

Sunday, January 8, 2012

Tahun Baru...

Hye semua!
Happy Nu Yer...
Suami terpaksa MC seminggu dr me'listing' brg-brg jualan beliau krn one item lalu has been removed.

Beliau sekarang sungguh bengang sehingga selalu mengamuk tak tentu hala.
Whoa..berkenaan MC itu juga sy nk maklumkan yg sy lately selalu diserang sakit kepala yg sgt terasa sekali di bahagian tempurung otak sy. (Agaknya laaa..istilah die gitu). Even mase first day sekolah pun dh berdenyut-denyut. Mungkin sbb sy salah tidur. Tak pasti.

Minggu nih seperti kebiasaan suami jumpe sy pd hari Jumaat, Maghrib baru tiba.
Then, kitorang ada discuss something yg agak penting.
Kitorang nk start cari rumah sewa di area Gambang sana tuh. So that pd hujung minggu kami ada rumah nk berkampung. Seronoknya. Sbb tak sabar nk deco rumah dan m'privasi'kan kehidupan kami selepas ini.
Even hanya sekadar rumah sewa, tp lepas nih kalau cuti panjang sy dh ada la rumah nk lepak dan buat apa sahaja yg saya mahukan tanpa segan silu!

It's okay la..rumah mak kt Serting nih pun dh selalu penuh di hujung minggu. So fikir-fikir memang perlu duduk rumah sendiri kot.
Okeyla..itu jek nk citer rasa tak sabar sngt nk fikir apa yg perlu isi dlm rumah tuh nanti...