Wednesday, August 17, 2011

17 Ramadhan...

Salam.
Heaven giler hari ini kerana dapat bersama suami walaupun saya sedang bekerja dan dia sedang ada di rumah Aliyas melepak-lepak.
Beliau cuti umum hari ini.

Tp beliau dh ada plan.
Nk pergi tukar duit raya katanya.
Selamat Maju Jaya la suami.
Huhu...

Hari ini bumi bagai dilimpahkan suatu sinaran bermakna.
Ada sesuatu yang kita perlu singkap dengan tarikh 17 Ramadhan ini.
Nuzul Quran. Satu sejarah yang hadirnya Al-Quran itu, manusia umat Islam khsusunya terbimbing jalan hidupnya.
Aku ini naif tentang suratan sebenar Nuzul Quran.
Tp apa yg suami cerita semalam pada aku, jelas dan meyakinkan.

Maka plan hari ini adalah mengimarahkan Nuzul Quran dengan memperbanyakkan tadarus.
Sekarang nih pun waktu rehat cikgu-cikgu akan masuk kelas dan bertadarus bersama pelajar.
First week puase tuh , aku baca bersama pelajar.
Tp tetibe terfikir nk ubah method.
Aku nk memperdengarkan bacaan pelajar-pelajar aku.

Budak sekolah aku ni, ada lagi yang masih lemah mengaji.
Harap, dengan ilmu pembacaan Quran yang tak seberapa aku ada ini, dapatlah serba sedikit membimbing pelajar-pelajar tersebut. Insya Allah.
semoga diberkati usaha murni aku tuh.

Aku pun nk ucapkan terima kasih la kepada Kerajaan Malaysia sebab sudi nk bagi insentif kpd penjawat-penjawat awam sempena Hari Raya ini.
Tp, macam tak cukup jek. Haha. Tak shopping sangat pun.
Menjelaskan segala hutang-hutang itu lebih perlu untuk aku dan suami. Bagus-bagus sebab bolehlah bersederhana raya ni.
Lagi plak, suami tak dapat pun bonus terbabit sebab beliau baru jek bekerja tak sampai sebulan. Jadi silalah jangan jeles kepada rakan-rakan seopis ya. Kita tunggu gaji bulan nih, mesti anda akan jadi kaya lebih dr kawan-kawan lain mengalahkan mereka yg baru dapat bonus.

Hari ini jadual pack sangat. Harap tak rasa kepenatan sebaliknya rasa begitu cepat masa berlalu.......

No comments: