Wednesday, August 31, 2011

Salam Aidilfitri

Kejap sungguh rasanya masa berlalu.
Yg syoknye ak mengutip pengalaman baru beraya di kampung halaman suami. Seronok. Pergi tahlil di pusara pun dapat duit raya.
Makan toksah cakapla, kembung perut.
Skang xleh nk taip banyak2, sakit bahu.
Sok sambung ek.

Thursday, August 25, 2011

Crochet>>Mari Tengok2 @ Shopping2 - Kasut/Boots Baby

Bnyk pilihan menarik!

Comey kan...cam nk gigit!

Sila tengok puas-puas...

Tengok dan beli. Silakan...

Kalau menarik boleh book yer viewer...

Okey....
Dh tengok gambar-gambar di atas?
Menarik?
Comel?
Atau tak comel langsung?
Ini adalah Crochet Baby Shoes Handmade imported yek...
Tak dibuat di Malaysia nih even sy rasa mesti ada rakyat Malaysia di sini yg akan kata..'Eleh boleh kait sendirik ye tak????"

Kepada ibu-ibu, bapa-bapa, mak sedara, pak sedara di luar sana yg berkenan dgn pilihan Crochet Kasut Baby ini boleh lah melakukan 'pengorderan' melalui maklumat yg tertera.
War-warkan kpd rakan-rakan kpd yg berkenan link belog ini ek.

Product description:

Unique HANDMADE Crochet shoes/boots,hand-crocheted first walker shoes for 
infants/kids/toddlers
Size Available:

S 8cm 0-3 month

M 9cm 3-5 month

L 10cm 5-8 month

XL 11cm 9-13 month

Price:RM25
Postage:RM5 poslaju


Pembayaran camaner plak ek?

Kalau dah confirm thru email size n number, maklumlah kepada kami dan bank in kan duit mengikut amaun ke akaun Maybank :151584010420

And....inform kpd kami bukti pembayaran dan kami akan send barang anda dalam masa 10 
hari...

Berminat sila emailkan permintaan anda ke firzani86@gmail.com

Selamat Bersopping yek. Bg la anak glamour sket!

Monday, August 22, 2011

Keperluan dan Permintaan

Two different words and two different meaning.
Perlu dan minta.
Last night terbaca one of my friend punya wall Facebook beliau.
Allah tak bagi apa yang kita minta, tp Dia bagi apa yg kita perlu.
Honestly, sekarang adalah saat yg menekankan.
Bercampur baur dgn keseronokan sebab dapat something yg kita mimpi-mimpikan.
Cuma yg ditunggu-tunggu, harap-harap still belum diperolehi dan dikurniakan.

Kadang-kadang rasa menyesal.
Coz whut, bila suami ada 4 bulan bersama setiap masa dulu, we're planning for having another member in our family. Yela at that time, suami belum bekerja. So jd takut la coz think that we're not stable yet dr segi kewangan dan ekonomi.

Tp, bila suami dh kije tetap nih, keinginan itu jd membuak-buak.
Ada halangan pulak. Jarak.
Nk mengharap sesi pertemuan di hujung minggu adalah satu perkara yg mustahil.
Orang mesti akan cakap, Eh....ada jugak yg jauh itu successful.
Ya..mungkin betul. Tp bukan luck utk aku dan suami.
Susah. Susah sangat.
Korang bayangkanlah kalau aku tak dapat pindah????
Bulan 12 yg sepatutnya dinikmati dgn enak dan indah pun aku tak dapat 24 hours and 7 with hubby sebab...SU SPM. Should be at school.

I'm gonna think of giving a reason for the moment that I should be with my hubby....

Berfikir-fikir balik, Allah hilangkan rasa gundah hati ini dengan menghadiahkan sesuatu kpd aku dan suami.
Mula-mula nk memenuhi keperluan aku jek. Tp suami pun dpt happy.
An HTC Desire HD for hubby and BB Bold 3 for me...Yippie.
Nk free mesej application kononnya.
Hope that these two smartphone will make us feel more closer. Dilimpahkan kasih sayang yang menggunung ke akhir hayat.

Wednesday, August 17, 2011

17 Ramadhan...

Salam.
Heaven giler hari ini kerana dapat bersama suami walaupun saya sedang bekerja dan dia sedang ada di rumah Aliyas melepak-lepak.
Beliau cuti umum hari ini.

Tp beliau dh ada plan.
Nk pergi tukar duit raya katanya.
Selamat Maju Jaya la suami.
Huhu...

Hari ini bumi bagai dilimpahkan suatu sinaran bermakna.
Ada sesuatu yang kita perlu singkap dengan tarikh 17 Ramadhan ini.
Nuzul Quran. Satu sejarah yang hadirnya Al-Quran itu, manusia umat Islam khsusunya terbimbing jalan hidupnya.
Aku ini naif tentang suratan sebenar Nuzul Quran.
Tp apa yg suami cerita semalam pada aku, jelas dan meyakinkan.

Maka plan hari ini adalah mengimarahkan Nuzul Quran dengan memperbanyakkan tadarus.
Sekarang nih pun waktu rehat cikgu-cikgu akan masuk kelas dan bertadarus bersama pelajar.
First week puase tuh , aku baca bersama pelajar.
Tp tetibe terfikir nk ubah method.
Aku nk memperdengarkan bacaan pelajar-pelajar aku.

Budak sekolah aku ni, ada lagi yang masih lemah mengaji.
Harap, dengan ilmu pembacaan Quran yang tak seberapa aku ada ini, dapatlah serba sedikit membimbing pelajar-pelajar tersebut. Insya Allah.
semoga diberkati usaha murni aku tuh.

Aku pun nk ucapkan terima kasih la kepada Kerajaan Malaysia sebab sudi nk bagi insentif kpd penjawat-penjawat awam sempena Hari Raya ini.
Tp, macam tak cukup jek. Haha. Tak shopping sangat pun.
Menjelaskan segala hutang-hutang itu lebih perlu untuk aku dan suami. Bagus-bagus sebab bolehlah bersederhana raya ni.
Lagi plak, suami tak dapat pun bonus terbabit sebab beliau baru jek bekerja tak sampai sebulan. Jadi silalah jangan jeles kepada rakan-rakan seopis ya. Kita tunggu gaji bulan nih, mesti anda akan jadi kaya lebih dr kawan-kawan lain mengalahkan mereka yg baru dapat bonus.

Hari ini jadual pack sangat. Harap tak rasa kepenatan sebaliknya rasa begitu cepat masa berlalu.......

Tuesday, August 9, 2011

No Title

Bila baca blog suami, ayat beliau takde la jiwang and romantik sangat.
Tp jiwa tetap tersentuh.
Memang satu pengorbanan.
Masa, tenaga dan yang penting wang.

Jauh.
Simple word that can describe us our situation now.

Utk suami tersayang dan tercinta.....
Sempena barakahnya bulan mulia Ramadhan Kareem ini, sama-samalah kita mempergiatkan lagi amal ibadah kita, membersihkan jiwa dan menghajatkan yg terbaik buat kita berdua.
Ya..kita perlu dekat dan hidup bersama.
Perkahwinan itu memang kadang-kadang memerlukan pengorbanan.
Tetapi utk situasi kita, ia bukan untuk menjarakkan kita.
Doalah banyak-banyak supaya impian kita dan segala usaha kita selama ini akan menjadi kenyataan krn diperkenankan permintaan oleh Yang Maha Esa.

Susah kan untuk travel setiap minggu sebab masa selalu mencemburui kita.
Kali ini, mari kita lebih fokus terhadap usaha-usaha untukmenambah bilangan ahli keluarga.
Moga kita dilimpahkan rezeki berganda.
Dan cita-cita kita nk menjayakan bussiness kita akan berhasil kelak dengan berkat kesungguhan yg ada.

Untuk tatapan all da readers..
Dalam fikiran saya sekarang adalah.....BILA NK CUTI SEKOLAH???????

Sunday, August 7, 2011

Aku Gilakah?

Ditakdirkan demam di hari kelima berpuasa dlm perjalanan pulang ke Kuantan bertemu suami.
Malam tuh ke klinik dan menjadi peserta terakhir yang dirawat pada malam tersebut.
Suhu 39 darjah Celcius, doc dh nk bg aku MC dh. Tetapi malangnya keesokkan harinya adalah hari Sabtu. Pe point dapat MC ye x????

Nasib baik free kos rawatan sebab pergi klinik panel UMP.
Tp nk tahu apa yg giler????
Lepas makan ubat, aku tidur, bangun sahur, tunggu Subuh dan tidur balik.
Sampai kul 12.30 terbangun dan mandi.
Turun bawah tengok TV kejap. Nasib baik satu family g shopping yg ada tinggal aku dan suami jek.
Kul 1.30 aku dh naik bilik semula utk tidur. Tidur sampai pukul 5.30 ptg. Gilo!
Tak pernah segila ini tidur.

Sehingga ke saat ini, selsema masih tak kurang-kurang.
Doc kata kalau hari Ahad tak okey lagi dr aspek suhu dan keadaan sila kembali semula ke klinik utk diberikan rawatan. Hahahahaha...Yg part nih aku suke!

Cuma yg sedihnya matlamat aku untuk Ramadhan kali nih tercalar sudah krn tak dapat lengkap bertarawih. Kalau boleh nk ganti tarawih yg tertinggal sebab checklist aku dh cacat la. Aku tak suke kpd ketidaksempurnaan.......

Tuesday, August 2, 2011

Ku Mengharapkan Ramadhan...

Salam. Untuk semua umat manusia yg rajin menelusuri rencana ini.
Salam Ramadhan utk semua umat Islam yg meraikan kedatangan Ramadhan penuh barakah ini dengan penuh semangat kesukanan. Eh silap...semangat beribadah.

Hari nih baca blog suami boleh pulak guna ayat C***** di dalam struktur ayat belaiu. Nak kena nih. Dh selalu sound jgn cakap tak elok. Degil tak ingat.

Semalam bermula nya perjalanan seorang muslim dalam mengejar kerahmatan Ramadhan.
Aku pun antara Muslim yg kini merangkak utk kalau boleh belajar berlari bg top-up amalan-amalan yg jarang dilakukan. Ini lah masanya.
Penuh pengharapan. Iltizam yg sangat jitu.
Dah ada plan. Itu bgi aku la. Harap rancangan aku sempena Ramadhan kali ini akan membuahkan hasil seterusnya memberi kesungguhan kpd diri ni utk melaksanakan segala perancangan tanpa gagal.

Misi kedua dalam Ramadhan kali ini adalah....DIET.
Hmmm...merasakan diri ini dah tiba di border line garisan obesiti plak.
Makan utk sahur memang nasi tapi.....ambiil dalam kuantiti dua sudu jek. Huhu..Poyo betul.
Minum Bliss. Memang berkesan. Menakjubkan. Harap ada perubahan utk Hari Raya mendatang..

Dan tahun ini merupakan tahun pertama berpuasa sebagai isteri. Sedihnya tak dapat lagi berpuasa sama. Tp first day, dapatlah sahur sama-sama. Cuma tak boleh lah nk adakan pertandingan sapa paling tak steady berpuasa.


Dalam bulan ini aku nk BERJIMAT dalam berbelanja. Nk mengkayakan diri------>Matlamat jangka sederhana nih. Fuyyo.