Sunday, June 27, 2010

Perhimpunan Hari Guru

16 Mei setiap tahun pastinya satu hari yang tidak pernah terlupakan oleh semua pendidik di Malaysia termasuklah juga ak. Entry utk menceritakan apa yg berlaku pd setiap 16 Mei pastinya sudah terlambat. Tetapi, kali ini berminat nk kongsi rasa bangga ini menjadi seorang guru apabila diraikan dgn penuh rasa hormat oleh Kerajaan N9 dan keikhlasan hati seorang Menteri Besar yg tidak pernah lupa akan jasa seorang guru.


Guru Pembina Negara Bangsa.




Kamikah guru-guru itu?


Wif Cikgu Azza konon-konon la....Housemate Simpang Durian

Ust. Ali Muda~~Guru Cemerlang Bahasa Arab

Tema Hari Guru 2010. Dan kerana atas kata kunci pembina itulah kami semua warga pendidik telah berkumpul seawal jam 7 mlm di Padang MP Seremban sempena Perhimpunan Hari Guru 2010 walaupun hakikatnya sudah sebulan lebih berlalu tarikh keramat 16 Mei. Namun, dengan kehadiran lebih 15 000 warga pendidik N9, hati aku jd sgt terharu mengenangkan yang ak sebenarnya seeorang pendidik yg turut dihargai dan dirai dlm majlis tersebut.(hakikatnya..bru 8 bulan mengajar). Terima Kasih kerajaan N9 atas ingatan ini....







Sedutan akhir episod malam tadi adalah persembahan koir dr guru-guru daerah Port Dickson. Dan terus jatuh cinta pada sebuah lagu dan lirik lagu ini. Sumpah! Tak pernah tahu ada n tak pernah dengar lagu ini..

Guru Pembina Negara Bangsa (Tema Hari Guru 2010)

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Cikgu-cikgu lain nk gelakkan ak SILAKAN...sbb ak tahu korang sume mesti dh tau n dh hafal lagu ni...Hmmm..Minggu depan ada Hari Terbuka sekolah. Mesti pakai sedondon lg..Jemput datang ke sekolah kami!!!

2 comments:

SurayaHarris said...

=D happy day~

IZXA ULFADH said...

blum berlaku lg perang mulutnye..heeee