Sunday, September 27, 2009

Event SMK Dato' Mansor..

Salam...
Pada akhir sesi persekolahan, adalah beberapa aktiviti berlangsung di sekolah.Antaranya adalah minggu penutupan Bulan Kemerdekaan.Agak syok sebab de Kuiz Sejarah yg membuatkan ak pon mencube sendiri nak jawab.Membuatkan aku mengingatkan kembali fakta sejarah.Alhamdulillah masih kuat lagi ingatan dan segala ajaran yang para guru perturunkan agar kita mengenali sekaligus mengenangi asal usul kita.Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

Pihak sekolah juga ada menjemput Pakar Sejarah Negara, Prof Emiritus Khoo Kay Kim.Aku rase sebelum nih aku tak pernah tau die kecuali hanya sekadar mendengar nama.Info yang amat padat dalam masa yang terhad.Program yang boleh ak u bagi thumb up.

Dan yang paling syok dalam majlis penutupan tuh, nyanyian lagu patriotik.Aku nih memang suke nyanyi gamaknye….

Cikgu cikgi skul ku..

Murid-murid sekolah yg sedang penat berdiri kerana perhimpunan majlis penutupan bulan kemerdekaan..Sian.pose2 pun tp at last duduk juge..

De bnyak lagu patriotik dalam buku nih.Semua student and cikgu wajib ada buku nih.Kitorang nyanyi dengan penuh bersemangat Satu Malaysia.

Pengetua sekolah yg sporting habis..meround-round tengok budak yang x nyanyi..Yang syok tuh die pun nyanyi sebelah budak-budak.Respect giler kat pengetua. Student is still No.1

The next day sekolah pun masih ada event penting sempena Ihya' Ramadhan. Hari tuh sekolah telah dikhabarkan bahawa hari Jumaat is cuti umum.Semua syok la. So blaja pun cam taknak blaja.Nak dijadikan cerita lepas info tuh, Panitia Agama Islam decide nk adakan Majlis Khatam Al-Quran dan mengedar bubur lambuk perlu dijalankan hari tersebut jua. Jadi, sebenarnya budak-budak beragama Islam belajar sekerat hari jek la..Ak jek yang kene masuk kelas jaga budak-budak non-muslim dalam kelas.

Nih la rupe bentuk majlis tersebut..Muka budak-budak yang terlibat sekali tengok cam pengganas.Tapi Alhamdulillah...Al-Quran tetap pegangan dan amalan utama.Ngaji perfect la diorang nih.Akhirnya khatam juga 30 juzuk Al-Quran di bulan Ramadhan.Bagus anak murid.Orang kata DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER.Leh di harap bebudak nih..

Pada masa yang sama, majlis penyampaian hadiah sempena beberapa aktiviti dan sedikit seumbangan pada anak-anak yatim dan kurang berkemampuan juga diadakan.Okey, pic atas nih adalah hadiah buat seorang pelajar orang asli BUKAN ISLAM yang berjaya menamatkan puasa 3 bulan berturut-turut..Rejab, Syaaban and Ramadhan.Aku agak kagum dengan dia.One of my student.Baru aku sedar yang aku mungkin tak sekuat dia..Rasa malu pun ada.Tapi papehal ak bangga la dengan dia nih si Addiq. Hati pun turut sayu tengok anak-anak yatim n kurang mampu menerima sumbangan duit raya n kuih raya.Aku yang tak cukup baju raya sepasang pun dah bising..Jangan fikir kita terlalu susah sebenarnye kerana ada orang yang lebih susah dan memerlukan.Teringat pula pada beberapa rangkap lagu raya Siti Nurhaliza...

Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga
Tiba sudah hari raya yang mulia
Bergembira seadanya kunjungi jiran tetangga
Semoga menjadi amalan selama-lamanya

Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya
Berdoa pada Yang Esa setulusnya
Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan
Di pagi hari yang mulia tetap dikenang

Bergembira seadanya...Jangan dilupa pada yang tiada apatah lagi yang kurang upaya dari
segi material mahupun fizikal.Sumbangan yang agak memberi keinsafan
pada diri ku..

Dan seusai majlis yang agak sentimental tersebut...Acara mengedar bubur lambuk.Alhamdulillah..ada sesuatu untuk berbuka.Agak banyak tapi mencukupi untuk famili tersayang.Terima kasih ustazah atas pemberian bubur ini.Juga buat Pengetua yang bagi kerepek sempena hari raya buat semua warga pendidik di sekolah tersebut dan semua kakitangan...

Aku dan beberapa orang cikgu GSTT yang agak suke dapat bubur lambuk..Alhamdulillah..Nyumnyum..

Nih dengan student aku yang suke ponteng kelas..tapi bergambo nak..Hampeh jek..

Akhirul kalam..sesungguhnya..pada ketegangan suasana baru aku di sekolah berkenaan, ada aktiviti yang aku boleh jadikan kenangan berharga bersama pelajar dan rakan.Ihya' Ramadhan...Selamat Hari Raya....!!

Monday, September 14, 2009

Kealpaan Menguasai Diri..

Salam...

Alhamdulillah sudah seminggu aku berada di sekolah baru.Agak boleh menyesuaikan diri. Cume agak susah nak cooperate ngan student kelas 1G. 1G is the last class in the form.Walaupun hanya mengajar SIVIK, tp aku rasa cam berat jek nk mangajar budak2 kelas tuh.Sampai ak selalu terfikir, camner plak la nk ajar MATH kat budak kelas macam nih. Ak seharusnya rasa bersyukur dapat ajar diorang nih untuk subjek semudah SIVIK. Sekarang nih tgh tolong diorang siapkan folio khidmat masyarakat.Walaupun xsiap lagi folio diorang nih, tp ak dah tau nak bagi markah berapa kt budak kelas nih...

Seriously, pendekatan dan pengamalan yang dilaksanakan di sekolah harian biasa amat berbeza dengan apa yang aku alami masa zaman praktikal di SMT Tuanku Jaafar.Di sini tidaklah boleh dibandingkan dari segi pencapaian kerana semua orang pun tahu, SMT Tuanku Jaafar is a cluster school means it has a very good achievement in both academic and management. Cume apa yang ak nk bandingkan di sini adalah suasana dan environment.Ak akui adalah satu tugas berat utk mengajar pelajar bukan melayu yang berada dikelas terakhir. Ini lah cabaran dan pengalaman baru yang aku rasa walaupun kita perlu ajar budak vokasional, ak fikir budak vokasional lebih mendengar kata dan lebih memahami arahan. Dan yang paling penting, lebih menunjukkan minat dan usaha untuk belajar..

Semakin hari, ak rasa semakin sibuk. Aku dah jarang pulak update blog sendiri. Macam xde pape yang aku sibukkan di sekolah.Tapi untuk menaip senarai nama pun, orang kata BERCINTA la jugak.Apabila kealpaan menguasai diri, ak lupe untuk menjalankan tugas ak dengan baik sebagai PEN.S/U Alumni UTHM.Dah lama ak xupdate minit mesyuarat hari tuh.Teruknye aku...Balik sekolah pukul 2.45, tapi sampai rumah dalam 3.30 dan aku rasa sangat2 la letih ditambah lagi dengan kahauasan yang amat sangat di bulan puasa.Seusai solat Zuhur, ak tertido dengan nyenyaknya...

Keletihan ini ternyata membawa sampai ke malam. Masuk tidur awal adalah langkah terbaik mengelakkan mengantuk di sekolah. Disebabkan keletihan ini, ak pun telah menjadi alpa kepada sang Khaliq di bulan barakah nih..Dulu masa kije cashier, walaupun xberkesempatan jemaah di masjid, ak rajin jugak solat sunat terawih sendiri.Skang nih, kalo penat memang tak terbuat la.Jadi di minggu terakhir puasa nih, ak berazam untuk tidak menjadi apla. Kembali mengingat tanggungjawab yang tesedia...Moga ak diberi kekuatan yang luar biasa di minggu terakhir ini..

Friday, September 4, 2009

Bila Allah Telah Tentukan yang Terbaik Buat Kita...

Salam...

Bertemu untuk entry terkini setelah 2 minggu tidak menulis. Alhamdulillah, kini telah kembali ke rumah. Saat yang aku idam2kan.Aku dah menamatkan karier ku sebagai cashier di Mini Mart Putrajaya. Bukan kerana aku dah tak larat nak kerja, tapi apakah salah untuk mencari dan menerima peluang ynag lebih baik.

Puas aku fikirkan....adakah aku akan selamanya meraih pendapatan RM25 sehari sampai ak posting nanti?Cukup ke aku nak support kehidupan nanti dalam masa 3bulan selepas 'posting'? Pastinya tidak memandangkan aku jenis pekerja yang perlukan rehat yakni cuti.Maka, jika tidak bekerja tidaklah akan mendapat gaji. Mira, adik aku dapat call dari MITC Ancasa Hotel untuk interview kije dengan Ancasa. HR siap pesan ajaklah kawan-kawan yang berminat nak kerja. Dan aku adalah orang yang bakal dan telah mencuba nasib. Aku tak lupa mengajak sahabat yang sama-sama sedang mencari pekerjaan. Dan Alhamdulillah, ini adalah pengalaman interview keenam yang aku lalui, and everything going smooth as the interviewer very like me!!!Huhu..poyo..Means that yang aku ada peluang yang cerah untuk dapat job. First choice aku adalah....Admin dan 2nd option is FO.FO stands for Front Office. Just like the receptionist.And FO is given to me. So excited to be trained as the FO...After two days, once again....MITC Ancasa call for the 2nd interview as to discuss whether we accept the offer and to discuss the basic salary.Dan yang sukanya,Mira and Aina pun dapat call untuk panggil kerja.Alhamdulillah..Syukur. Ekcelli, gaji FO basic adalah RM800 jek. Tak termasuk EPF dan SOCSO. Tapi part nih yang suke nih, makan and penginapan disediakan.It's like time to have your premium saving with the income. Best....masa untuk mempengaruh kawan-kawan utk saving in UNIT TRUST!Satu yang aku suka dengan Operation Manager yang interview ak nih..even I'm a degree holder...dia tahu yang pengalaman adalah lagi penting untuk membina kerjaya seseorang. He's totally right. Dan aku sangat-sangat tidak sabar nak menimba pengalaman baru tersebut.

Dalam perjalanan ke Melaka, ak dapat call lagi dari PPD Jempol..Aiyyo...There's must be something. Dan apa yang ku telah adalah benar belaka...Ak dapat offer jadi guru ganti untuk cikgu cuti belajar, agak lama sampai cuti sekolah. Ak rasa ak posting dulu kot baru kontrak tuh habis.Alhmadulillah once again to Allah.Inilah berkat kesabaran. Berkat kesungguhan.Dah jiwa nak mengajar tuh, mengajar jek la aku rasa.Hehe..Tapi, sdey jugak xdapat blaja pengalaman baru..Sian kat adik aku, harap training selama sebulan di Melaka nanti akan mempertemukannya dengan kawan-kawan baru.Hopefully....

Aku pulak yang hilang arah mana satu yang harus ku pilih. Hmm...aku rasa akan memilih kerjaya perguruan la..Berbaloi.Dan aku memang nak save duit gaji guru ganti ni untuk mempercepatkan lagi proses perubahan fasa hidup aku.Silalah paham-paham sendiri yek...Lagipun, nak tolong mak aku kemas umah la.Nanti bakal future famili in-law nak datang....

Aku rasa amat bersyukur sebab bila rezeki datang mencurah-curah sehingga kadang-kadang boleh buatkan kita jadi hamba yang tak bersyukur dan tamak. Kalau tak tetap pendirian, rasanya aku dah jadi tak rasional.Aku fikir, kalau nak pengalaman baru pasti la bekerja di hotel adalah satu pengalaman yang amat berharga.Hotel pun 4stars tuh...Tapi, kerana memikirkan duduk di rumah dan dapat membantu keluarga dengan gaji dan beban kerja yang berbaloi, pastilah bidang perguruan yang menjadi pilihan.Dan hari ini, aku dan mula melapor diri di SMK Dato' Mansor sebagai guru subjek Sivik.Kalau la boleh jadi cikgu nih sampai raya and after raya ak nak kerja hotel...Kan syok....Hmmm..

Aku yakin ini semua apa yang Allah telah catatkan yang terbaik buat diri kita.Seharusnya, aku perlu menjadi hamba yang lebih bersyukur, berterima kasih kerana dulu ketika diri ditimpa pelbagai masalah, peluang sebegini lah yang aku harap untuk membantu aku. Terima kasih juga tak lupa kutujukan buat sahabat tersayang Siti Hidayah Ahmad atas bantuan yang dikau beri. Amat tak terbalas segala jasa. Bantuan yang amat ku perlu saat melalui detik getir...