Monday, May 23, 2011

Nur Kasih The Movie

Sabtu midnight yang lalu, kejadian ini berlaku di Kuantan.
Bersama suami dan adik ipar.

Ke Terminal Satay Zul. Makan dengan sangat kenyangnya.
Lalu tanpa sebarang pemikiran yg waras, telah request kpd suami utk mengisi masa malam dengan menonton show tengah malam.

Teringin bangat tengok cerita di bawah ini:



Siyes pada permulaan, plotnya agak hambar dan membuatkan kita rasa boring a bit.
Tp segalanya bermula selepas Nur dan Adam pergi ke Jordan.

Part yg paling sentap, yg aku rasa sangat sweet adalah part di mana Adam sangat rela bersusah payah utk cari cincin Nur sampai akhirnya die sendiri perlu rasa sakit dan lagi bertambah sedih pedih apabila dia membuatkan Nur risau ketika berada di sana.

Ambil lah apa sahaja kecuali Nur"....dan mungkin bukan cincin perkahwinan mereka....

Hehehhe...Jumpe gak cincin tu akhirnya dan Nur pun Adam semula kt tempat yg macam gua. Nur nangis terharu dengan diiringi OST file ini....Lewat ini ku rasakan...Kasih kian kudambakan...

Wah syahdu gitu dok????

Teringat pertanyaan suami...B gelang mana???
Kebetulan masa mandi ari tuh gelang tiba-tiba tercicir sebab kancing terbuka sedikit.
Sampai hari ini terlupa nak pakai....Maaf suami. Akan pakai terus selepas ini.

Sunday, May 22, 2011

Pizza Cinta

Bila balik Kuantan pasti ada aktiviti masak-masak new things pada aku yang menyeronokkan.
Yeay.. Making Pizza sendiri tanpa perlu berhabisan banyak duit ke Pizza Hut. dan yang paling syok, boleh buat topping sendiri mengikut keinginan dengan menabur segala feberet dengan jumlah yang banyak.

Ada snap a few pic.
Buat dengan suami dengan bantuan ibu mentua. (Mentua ya bukan mertua)
So, bila dh siap die jadila Pizza Cinta Ejat & Fad.
Sebab kami tabur the topping together-gether.
Sambil tangan saling berlaga-laga berebut-rebut nk topping.Hehehehhe...



1. Sediakan bahan seperti gambar di atas: Sosej, Nenas, Sos utk pizza, Mayonis, Lada Benggala n Tomato. Sume potong dadu.




2. See..apakah itu. Inilah bahan yg menyedapkan lagi si Mr.Pizza. Mozzarela. Nyum..nyum. Hiriskan untuk ditabur di atas pizza nanti.





3. Untungya ada mak mentua, suami dan adik-adik ipar yang minat buat kerja-pkerja pastri dan bakeri ni. Lagi rela makan sume yg ala-ala itu rather than makan nasik. So, disebabkab minat yg terlalu mendalam dalam sektor ini, maka segala kelengkapan bakeri pastri sume ada kt Kuantan. Mudahlah kami mengadun dough utk pizza malam itu. Campur-campur segala bahan, masuk dlm machine, set masa, TIINNNG! dh siap. Maksudnya siap di adun la. Belum lg boleh dimakan. So adunan dough roti pizza td kami ambil dan suami telah menepek-nepeknya ke dalam loyang khas utk pizza. (Dan yg tak utk pizza pun boleh guna jika terdesak)



4. Then sapu sos khas utk pizza dan mayonis ikut suke korang nk bubuh banyak mane. Cedapnye la. Tak puas makan.



5. Pastuh letak la topping ikut kreativiti masing-masing.



6. Ok dh siap topping. Inilah rupa pizza pilihan kami.


7. Jangan lupe bakar di dalam oven dengan suhu bape tak ingat la plak tp selama 20 minit yek. And last....here they are when it turns to real Pizza..


Cedap...delicious!Thnx Datin Noriah ku cayang sebab ajar buat nih sume.

Wednesday, May 18, 2011

Berusaha Gambate My School!

Fuh...memang bace blog orang lain je la ko nih Ejat.
Ye sebab terlalu sebuk nk membangunkan kecemerlangan sekolah.
Kami guru-guru di SMA DATA nih walaupun dlm kemeriahan mood sambutan Hari Guru sebenar bukanla masa yg sesuai utk bersuka ria dengan terlalu hebat.

Minggu depan sekolah kami akan di datangi Jemaah Nazir KPM.
U ols nk tahu????
Sekolah kami telah tersenarai dalam 110 buah sekolah di Malaysia yg akan mendapat penarafan tawaran baru NKRA.
Alaaaa...kalau dapat tawaran baru nih, Pengetua akan dapat RM7500, cikgu-cikgu selected dapat RM1800, the rest akan dapat RM900 sebagai ganjaran.
Tak tahu la macamana boleh hebat sangat tang tuh..

Alhamdulillah...harap-harap bukan hanya tersenarai, malahan itu lah yg akan kami terima kelak.
Disebabkan itu kami memang berusaha bersungguh-sungguh siang dan malam utk berjaya dlm pencalonan.
Nak katanya dlm N9 ada 14 buah sekolah yg terpilih.
Pengarah JPNS sgt menaruh harapan pd sekolah-sekolah yg terpilih supaya kami berjaya.

Nazir pulak nk berkampung direct 4 hari kt skolah.
Yg untungnya kami tengah MID YEAR EXAM nih...Legaaaa..Kurangla pencerapan P&P.
Pada yg baca entry ini, doakanlah kami warga SMA DATA ya.
Kami guru-guru, para pelajar memang sangat berusaha melengkapkan segala yg kurang lengkap agar sempurna di mata mereka yg memantau nanti. Even Public Holiday pun datang bersihkan kawasan sekolah. Memang terbaik la..

Semoga kami berjaya dan berhasil diakhirnya....Amiinnn.

Wednesday, May 11, 2011

Koleksi Terbaru Andrea Hirata



Selepas mengumpul tetralogi Lasykar Pelangi karya Andrea Hirata yang aku kagumi, maka tertambahlah lagi satu lagi koleksi novel beliau semasa ke Pesta Buku last two week.

Dwilogi Padang Bulan & Cinta di Dalam Gelas memang sangat mengujakan.
Kadang-kadang diri sendiri pun kurang memahami kenapa hati ini terpaut pada karya-karya dari seberang.
Semua yg aku minat adalah karya penulis Indonesia contohnya Habiburahman El-Shirazy.

Saat kali pertama membaca Mozek 1, aku dh rasa masuk dlm penulisan Andrea Hirata ini.
Memang unik dan tersendiri.
Rasa tak sabar pulak nk menghabiskan bacaan.
Cuma hati ini baik sangat tau.
Bagi pinjam orang baca dulu, aku baca separuh dulu.
Nk influence orang lain pun minat Andrea. Bijak x???
Watak yg anda temukan di dalam tetralogi Lasykar Pelangi juga ada di dalam dwilogi ini.
Andrea memang pengkarya yg sangat mengagumi watak di dalam Lasykar itu.
Harus ada semuanya.

Bila dah rasa seperti kerasukan novel Andrea, rasa tak sabar pula nk tunggu novel baru karya beliau.
I'm addicted to Andrea. Luv him...

Monday, May 9, 2011

Baru Bayar Bil!

Aii....dahsyat giler berminggu tak hapdet blog.
Padahal banyak mende nk cerita nih.
Dh snap so many pic dh nih.
Alkisah..dh sebulan aku terbatuk-batuk sini dan sana tak berkesudahan.
Yang paling dahsyat serangan hebat adalah pd ketika aku tidur.
Tak boleh tengok aku senang betul la....

Kira..dh dua minggu jugak tak hapdet ini entry ye.
Bermakna dua minggu juga tiada di sekitar sekolah sebab first week busy latihan pusat olahraga, second week hantar my athletes ke Kejohanan Track & Padang Peringkat Negeri.
Sekaligus, teknikal comittee telah sebulat suara melantik aku sebagai jurulatih a.k.a juru letih.Auww...

Maka, sepanjang berada di sana, dapatlah aku hari-hari bersama pelajar aku minum Milo free sebab ada lori Milo datang.
Memang secara hebat aku mendapatkannya.
Seronok gile sbb cikgu dapat isi Milo dlm botol besar.

Hari ini barulah berkesempatan nk sampaikan medal n sijil kpd atlit aku yg menang.
Tahniah kpd Siti Nur Izzati walaupun sekadar meraih gangsa dlm acara yg kamu masuk, cikgu cukup rasa bangga. Maka cikgu telah mengarang ayat yg sinis ketika perhimpunan pagi tadi khas utk sape-sape yg dengki kt sukan kite nih.

Ya Allah...rasa sangat tak larat dan mahu tidur.
Kerja banyak pulak tuh.
Nih bukan sebab tak cukup tidur, tp memang tak larat sesungguhnya...
Oopss...gambar banyak plak kat kamera DSLR kt umah...
Takpe, ade time sy upload kemudian dengan entry lain yek...
Ook, nk sambung taip soalan Mid Year Exam.

Nak bagitaunya...last week, school tak dapat internet connection sbb tak bayar bil.
Skang dh boleh guna. So bolehla ade new entry.