~~I've lived a life thats full I've traveled each and every highway And more, much more than this.. I did it my way~~
Wednesday, May 26, 2010
Menganyam Buih-buih Impian...
Hari nih Kak Suk tegur tarikh last ak update blog ak...HAHAHAHA..Rase macam tak berguna betul diri in tidak menggunakan segala kemudahan yang ada dgn baik..Ok, FINE.Hari ini ak tulis sedikit-sedikit yek.
Semalam, telah pergi ke Bahau bersama rakan seperjuangan yang HAMPIR GILA... Berbuka puasa GANTI. Plan asal mengikut BLUEPRINT adalah utk pulang seawal jam 8 mlm.Jangan bermimpi wahai EJAT, K.TIMAH, K.SUK dan K.SHILA.Pastinye plan itu hanyalah sekadar projek terbengkalai. We all balik after 11!
You know what..sy telah membeli telefon baru NOKIA E75..Rase suke coz why..XPERNAH BELI TELEFON DGN DUIT SNDRIK SEMAHAL ini (walaupun sbenarnya xmahal pun, ia adalah sbenarnya MAHAL PD SY!).Kak Suk pun telah terpengaruh utk membeli sbijik lg second phone utk die memandangkan die de 2 sim card. Smpi adanya wujud cerita-cerita kejujuran disebalik pembelian ini. Thniah kpd diri kami sndrik krn telah mengamalkan nilai-nilai murni dalam pembaziran. Hampir tidak berbayar telefon K.Su itu krn terlalu excited nk balik..Tp, kami jujur telah pusing patah balik ke kedai itu utk melakukan pembayaran..Kesian kamu HANDSOME......
Sebelum tidur...ak telah menghitung apa yg telah ak miliki setakat ini adalah SEMUA APA YANG AK INGINKAN DLM MASA 7 BULAN BERGELAR PENDIDIK. Alhamdulillah...krn apa, bila ak ke kedai phone itu, dlm tempoh masa tidak smpi satu jam ak telah membuat keputusan drastik utk membeli E75 itu!
Kemudian baru ak yakin bahawa inilah kuasa menganyam buih-buih impian yg akhirnya ak pintalkan menjadi untaian kenyataan. Utk sedikit kesusahan is OK..yg penting pd ak PANDAI MENGURUSKAN SESUATU.Utk aku, beringatlah bahawa bersyukurlah dgn apa yg anda miliki ketika ini..Inilah hikmah disebalik setiap dugaan....Ketika sdg diuji dgn plbagai halangan berat terutamanya kes kereta kesayangan ak...masa tuh la ak terbaca semua mesej2 dan offline mesej dlm YM berkenaan ketabahan hati dan kesabaran menempuh ujian. Seakan telah ditentukan oleh Tuhan bahawa memang Allah sengaja menguji diri ini utk nyatakan kasih sayang-Nya kpd hamba-Nya yg satu nih yg sebenarnya hatinya rapuh bagai keropok kentang Pringles tuh..
So, oleh krn anda telah memiliki semua yg anda ingini...SILA-SILALAH MULAI BULAN HADAPAN PENUHKAN SAVING ANDA PULA!
Saturday, May 15, 2010
Menangis di Dalam Toilet!
Rabu lepas....dalam sejarah ak menangis dlm bilik air Bilik Guru utk tempoh setengah jam sampai cikgu2 lain ketuk la..Nasib jek Guru Cemerlang sorang tuh jek xdtg jenguk ak. Kalo tak mesti die kata ak 'KEMEMEH'...Tgok ak nih, suke fikir anggapan negatif orang pada ak. Betulkan minda anda sekarang! Aii..emo la plak ari tuh hanya krn satu arahan yg ak fikir kalau ak ada BLUWEY BABY..perkara itu adalah very easy.
Macam biasala...ari Rabu ak akan berbaju Pengakap ke skul..Time tuh gak la ak dpt call emergency dr Pengetua. Die suh ak g meeting SPP JPN bersama GPK 1..yg sepatutnye meeting tuh tidak boleh diganti oleh sesiapa pun! Tp, dat day orang JPN call skolah yg xdtg taklimat. Of course la skolah ak kene sbb GPK ak xpegi.Die sedang CRK, mak die masuk spital. Orang JPNS pesan, minta mana-mana guru pergi utk mewakili coz ini taklimat penting mengenai PBS dan insan bertuah dan terpilih itu adalah ak. Puas ak bg alasan nk pegi cmner, Pengetua lak senang-senang cakap...SUH SAPE2 HANTARKAN OR PINJAM KERETA!..Ak tau ak mmg SUP n meeting tuh de kaitan dgn ak cumanya pada ak..ia juga boleh diwakili oleh mana2 Ketua Pentaksir kt skul ak yg de sgl kemudahan at diz moment. Tolong la faham...bnyk perkara dalam bulan April yg beri bnyk peringatan pd ak. Ustazah buat ak lg nk cincang2 Budak Sengal tuh. Bukan senang nk nyusahkan orang. Dh nama pun nyusahkan..Susah lah yek???
Maka oleh itu, ak telah menangis di dalam toilet mengenang saat bahagia bersama BLUWEY...Pengetua ak mmg tiada langsung timbang rasa..Dh la melepas tangan terhadap apa yg berlaku pd ak. Padahal bila aku kaji balik CAMANA SEMUA KESUSAHAN MENIMPA AKU...semuanya berbalik semula pada SEKOLAH AK YG KURANG PRASARANA...Grrrrrrr!!!!Geram giler.
Lama ak bermuhasabah di dalam toilet smpi terpikir la nk g anta emel kt Timb.Perdana Menteri nk meluahkan rasa.Hehe..Bila dikenang macam funny plak. Alhamdulillah masih berpegang teguh pada talian Allah..Allah tidak akan menduga hamba-Nya dengan ujian yang tidak termampu ditanggung oleh hamba-Nya...Banyakkan bersabar. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.
Dengar2...Si Budak Sengal tuh dh nk kene buang sekolah?Betul ke????Ye ke???Hmmmm.....Amannya hati ak seaman suasana hujan membasahi bumi pada malam ini.....
Tuesday, May 11, 2010
Teruskan Perjuangan....
Sekarang nih sebenarnya tengah having class wif Form 5A..Class is done at Bilik Gerakan n of course signal kt sini agak tak mengecewakan ak. Another 5 minutes to finish teaching. Tp, bebudak nih dh malas nk belajar sbb kitorang bru abeh chapter.
Bila dimuhasabahkan diri ini kenapa jarang sangat dh menulis rite now...Baru ak bertemu segala jawapan..Hahahaha..Ak dh kurang snapping picture!Even rite now dh de dh DSLR.Gambar ekcelli banyak sangat tp tak ter'transfer'.Huh!Malas telah kembali beraja dlm sel-sel ini. Maka, sekarang tgh fight wif dat virus.
Sekarang nih tgh busy siapkan exam question...Tapi pokoknya..GUER AMAT MALAS SEKALI MAUN BIKININ...Semalam pening kepala gile.Macam nk hentak dekat pavement. Tp, ak paksa K.Umi tarik-tarik rambut ak n after a swallowing of 2 bijik Panadol, relieve.......Boleh plak berpoco-poco pastuh.
Dalam kesibukan kerja-kerja ak nih, sebenarnya ak masih lagi dilanda kerunsingan. Kadang-kadang time tgh amek wudhu' pun, ak teringat-ingat kat my BLUWEY BABY. Penat memikirkan cakap-cakap orang tentang new2 part that will be installed in it...Jadi macam xyakin la..Dats y la utk tempoh ini, rasa macam xboleh tido sorang2!Apa yg berlaku rasa macam bermain-main di ingatan. Ya Allah..."BAWALAH DAKU PERGI...DARI DERITA INI"....Hehe...
Petang, have to stay up sbb...de ORIENTASI guru-guru baru. What da hell! Berapa puluh kali nk orientasi la...Jadi, contohnya semalam, ak telah dengan jayanya tido dalam berangan untuk slot pertama bersama GPK HEM. Yehuuuuuuuu...Cikgu-cikgu baru yang lain, THNIAH la sbb so many question been asked coz it shows ur big effort to get well known wif this place. But not me. Planning to move from this school because of people around me not because the task given to me. So, next plan is...getting married early from what have been planned.
Dalam perjalanan pergi ke Seremban last weekend, terdengar slot motivasi Prof Izi di Hot.FM..Anda tidak akan menjadi kaya jika bekerja untuk kaya, tapi anda akan kaya jika mencintai pekerjaan anda. Kata Prof Izi, words nih courtesy of owner McDonald. Bila dihayati, YES It's True..Dan aku, sememangnya amat mencintai apa yang aku pilih untuk hidup ak, tp...mereka yang berada dipersekitaran telah membuatkan ak rasa pressure yang teramat sangat dengan pilihan ini. Plis kawan-kawan. Tiba-tiba rindu pada kengkawan yang berlima tuh because YOU the only friend yg boleh prevent hati aku dr memikirkan yang negatif-negatif dan menyangkakan yang negatif-negatif pada sesiapa di sisi ak. Anda tidak bersama saya sekarang, no wonder la hati ini sedikit demi sedikit telah tercemar.HUHUHUHU.
Kak Long bagi hadiah hari jadi sebuah buku yang bermutu juga hasil garapannya. Apabila Haiwan Menjadi Guru. So skang tengah meneruskan perjuangan menghabiskan setiap baris ayat yang ada. Mungkin agak slow, sbb..menghayati nilai-nilai motivasi yang terselit disetiap penghabisan chapter. Teruskan perjuangan!Chaiyyok!!!! Sesungguhnya, haiwan lebih memberi contoh tauladan yang baik kepada diri ini.....Terima Kasih haiwan-haiwan ciptaan Allah sekalian..
Monday, May 3, 2010
Fright & Bright Along Diz APRIL...
10 April 2010: Hari Anugerah Kecemerlangan dan Mesy.PIBG..(time nih ak dh xde mood nk jd Pembaca Anugerah)...n family budak sengal tuh bg ak pampasan RM2000.Syukur juga ke hadrat Ilahi...
17 April 2010: Exam Kepegawaian Olahraga Grade 3 dan ak telah memuhasabah diri ak atas segala bencana dengan mendekatkan diri kepada alam sekitar flora dan fauna...Ak, K.Tim, K.Hajar, Liyeh n Fad telah pergi ke Kuala Gandah menziarah Sang Gajah yatim yg rindukan belaian..Hehehe.Kami very enjoy.Sampai malam beb berjalan n kitorang singgah makan kt Lurah Semantan utk menikmati Ikan Patin Masak Asam Tempoyak...Nyum..nyum..
Ehem-ehem...
Fad yg sangat mesra alam sehingga rusa-rusa betina terpikat kat dia..Tp standard rusa jek la..Hahaha..
23 April 2010: Dapat beli DSLR ihsan dari duit gaji Fadu yang berbulan2..Yeah..suke..tp tambah sikitla duit mak budka sengal tuh bg..Hmm...inilah hikmah sebalik kjadian kot..Ak boleh pegi Low Yat lepas balik sekolah sampai ak lupe ak de tuisyen malam tuh.Hehe..Padan muke aku sendiri..
27 April 2010:Interview lantikan tetap>>Sesungguhnya waktu yg sulit ini ak tidak sempat membuat sebarang persiapan tapi Alhamdulillah dengan bantuan calon-calon lain..kami sempat berkongsi ilmu sehinggalah ak mampu menjawab mungkin dengan agak baik di hadapan penemuduga..Yg paling syok kami berkongsi pendapat tentang outcome selepas menonton Ayat-ayat Cinta!Hari nih jugak ak bli jam baru jenama Casio yg dpt less....Seronok!
29 April 2010: Yeay...ak genap dah berusia 24 tahun...I turn 24..I want Honda City, I get it..Thank You..I want DSLR camera, I get it, Thank You...the only thing I still didn't get is...YOU...Hahahahaha..Paham2 sudah...Terima kasih utk student Form 5 yg ak ajar atas celebration yg sgt mengharukan...N Fad ajak ak makan dekat Restoran Warisan..tempat makan idaman!!!Thnx Fad..