Monday, December 21, 2009

Bengkel Sasaran Kerja Tahunan

Salam

Entri ini ditulis sehari selepas menamatkan Bengkel Sasaran Kerja Tahunan Alumni di Empress Hotel Sepang.Bengkel selama 3 hari 2 malam memang pada ak agak seronok apabila ak dapat berkomunikasi dan memberi idea kepada alumni universiti yang jauh beza usia jika nak dibandingkan dengan diri ini yang barulah tak sampai setahun meninggalkan zaman pengajian di universiti. Amanat sebagai Pen.Setiuasaha Persatuan Alumni UTHM sememangnya satu tanggungjawab baru yang mungkin menjadikan aku lebih matang kerana Majlis Tertinggi yg lain adalah sebenarnya keluaran PLSP dan ITTHO sndri.Lebih berpengelaman dan mungkin lebih bersemangat dalam menanamkan sifat 'self-belonging' kpd universiti.

Ak tak berapa sihat sepanjang berada di Sepang.Jadi meeting yg abeh agak lewat mlm membuatkan kepala ak slalu berdenyut2 sakit. Cuma gelak tawa dn lawak2 dewasa Alumni yang lain membuatkan sakitku seakan hilang. Selepas ini, ak jd bersedia nk attend kursus dan meeting seumpama ini.Saat ingin pergi kuhitung2 seolah hendak menolak jemputan di saat akhir.Tp, bila ak fikir kan atas dasar komitmen, ak gagahkan diri ini walau sebnrnya jiwa meronta-ronta hendak mengikut Fadu ke JB.Mungkin aktiviti yang lebih menyeronokan.Alhamdulillah, semua makanan di Empress membuatkan ak lupe seketika kemerontaan jiwa ak yg ingin ke JB tadi.Memang tak dinafikan, kalau la duduk 5 hari kat hotel tuh, confirm ak abalik dengan nilai berat badan yg baru.

Bengkel seumpama ini membuatkan ak lebih komited dalam menjalankan tugas di luar mahupun di dalam perkhidmatan sebagai guru.Kerana inilah masanya ak berkongsi idea bersama Alumni2 yg kini kebanyakkan bergelar pensyarah-penyarah di Politeknik.Kami banyak membuat perbezaan budaya P&P di sekolah dan di Politeknik.Dan, ramai antara mereka kata aku sangat beruntung menjadi guru dan berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran sebab ada time-based.Mungkinla kot sgt beruntung...Tunggu dan lihat...Maka, hatu ak dengan yakin, ak bangga untuk menjadi seorang guru biarpun dengan Kelas Pertama ak ramai yang mempersoalkan ak kenapa tidak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.Inilah jalan hidup pilihan ak...Semoga, ak memilih profesion perguruan membawa ak ke pendakian yan lebih cemerlang, lebih gemilang walaupun tanpa sampai ke peringkat pengajian tertinggi.Ak rasa kalau aku berkemampuan, ilmu pasti yang pertama. Namun, buat masa ini, ak mahu berehat seketika dari menjengah diari seorang pelajar....

Bulan Februari depan, Insya Allah semua Exco Alumni akan bertemu untuk mesyuarat kembali tentang bagaimana hendak memantapkan organisasi.Jumpa di Cameron Highlands!

Tuesday, December 15, 2009

Tiada Apa Yang Mampu KuFikir Melainkan Kerunsingan..

Salam..
Walaupun sepatutnya ak sedang bergembira dengan rezeki2 Allah tika ini, tetapi masih ada sekelumit kerunsingan di dalam hati.Kerja sebenarnya banyak menanti, tapi tak terbuat kerana separuh jiwaku pergi...

Alhamdulillah, sebahagian anugerah telah ku pertaruhkan di dalam simpanan-simpanan berbentuk dana amanah.So, juz keep it and ignore till it well growth.Insya allah..

Setiap hari, GPK ak telefon risau ak mampu atau tidak melakukan tugasan yang diberi.Ak mampu, cuma ak agak malas.Masih mencari-cari lagi sudut paling kondusif untuk ak memulakan kerja pengurusan dan pentadbiran sekolah ak.Bagi aku, mood cuti sekolah adalah dengan mengisi masa untuk bercuti.Sampaikan janji utk menemani Kak Suraya juga rasanya terbatal hasrat.Dari satu agenda ke satu agenda.Impian BBQ di asrama tinggal kenangan memilukan....

Mungkin ak boleh tunggu Yan tamat berKDC..Maka, ak akan agak enjoy untuk tinggal di asrama.Insya allah...

Tapi, ak memang tgh dalam kerunsingan kerana langsung tidak memulakan sebarang tindakan...Dan tika ini juga....ak dalam mood TIDAK MAHU MENYENTUH SEBARANG BEBANAN KERJA GURU....Aku pasti dan yakin semangat ak akan kembali lagi 2-3 hari lagi.Honestly, ak juga risau dengan masa depan ak nant dan aku sedang risau dengan....HALA TUJU insan yg aku sayang...

Wednesday, December 9, 2009

Kejayaan yang Berbaloi-baloi...!!

Salam..

Agak dh lame jugak tak post any new entry here.Rite now typing wif my HAK KERAJAAN MALAYSIA PPSMI laptop.Walaupun hakikatnya, semua harta perlu diserahkan pada sesi akhir persekolahan, tapi..ak spesel sikit.~~Ngeeee~~

Dalam nak mengisi kebosanan di bulan Disember nih, banyak masa ak dihabiskan dgn tgok citer Korea siri koleksi aku.Tido lewat malam tuh perkara biasa.Sebab keep continue watching this muvie.Nice muvie la katekan.Orang len maybe dah puluh kali khatam tgok citer nih.Tapi, ak jek yg baru jatuh cinta..Sweet 18.

Masuk jek bulan Disember, ak pun sibuk memikirkan macam2 perkara especially soal kewangan.Dari pikir pasal gaji ak, gaji guru ganti dulu n yang paling yg penting adalah....tggu insentif Anugerah Kecemerlangan ak.Sbb orang telah memberi harapan kpd ak tentang perkara ni.Jadi, dats y ak pun ternanti-nanti..Tol x???

Mengharungi awal Disember dengan penuh debaran dan ak telah hilangkan sedikit demi sedikit dengan percutian pendek ak dgn Kak Tikah ke Kuantan.Ak juz temankan die nk jumpe BF die kat Pekan.So, all da blanje adalah sumber dr Kak Tikah.TQVM Kak Tikah termasuklah penginapan kami.So aku agak release dari memikirkan perkara2 yang kurang pasti.Kuantan...hujan memanjang.Tapi bukan penghalang ak bersuka ria.Sempatlah jugak bercanda ria dengan Kak Tikah di atas batuan pantai Teluk Cempedak.Haha..

Stay there utk 2 hari 1 malam jek.Tapi memang enjoy sangat.Balik jek umah, busy kat umah kenduri kawen Kak Ekin.3 hari berturut-turut yang sibuk.Walaupun ak bukan pengantinnya, tapi ak turut berasa penatnya.Dari bawak pengantin nikah sampailah meraikan pengantin di hari persandingan.

Dalam kesibukan, terima satu panggilan yang membawa berita gembira kpd ak.Panggilan dari YNS..Yahoo...yang ak nntkan selama ini.Alhamdulillah...akhirnye ak ke majlis penyampaian anugerah jua.Majlis yang diadakan di Alson Klana, Seremban pada 7 Disember 2009 pastinya seribu kenangan bermakna buat ak atas usaha melakar kejayaan selama 4 tahun di universiti.

Aku datang dengan penuh kegembiraan pagi Isnin tuh..dalam gambaran ak..apa ak nk buat dgn 10K tuh..wow!!10K...banyak...tapi, bila MB bg jek ucapan, terus ak luluh hilang segala angan-angan.Kelakar giler.Tak bersemangat betol ak nk g amek replika cek kat atas tuh.Sebab MB announce...Maafkan saya..tahun nih sy terpaksa bg sorg rm5K jek...sbb kemerosotan ekonomi dunia dan banyak projek pembangunan nak dijalankan di N9 nih dan yang terbaru dana sebanyak 34 juta telah dikeluarkan untuk pembiayaan Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu orang2 kurang berkemampuan.Hmmm...yelah..ak paham..Ak cube coolkan diri ak sendiri.Bila ak tgok, bukan ak sorang jek yang tak bertuah...seramai 96 penerima anugerah pun terkejut dengan amaun baru ni.

Ak nek pentas dengan lemah longlai.Bila nak salam MB jek, terus Pengarah YNS yang dok sebelah MB cakap ak adalah peminjam YNS untuk pengajian di universiti...tibe2 MB wat gempak lagi,..ok kalau peminjam..saya terus convert jd biasiswa...Wow!!!Lg terkejut ak n sebenarnye suke..ak tanya balik, betul ke ni Dato' ?Saya tak payah bayar setiap bulan nih?Selamat RM150 setiap bulan ak.Heeee...Kalau ikutkan dah start kene byr Disember nih..Inilah rezeki dr Allah..Walaupun sbnrnye ak xdapat 10K..tapi yang tersirat adalah ak telah dihadikah sebanyak RM15K oleh kerajaan N9.Luv you YNS dan MB!!!So I serve u all diz blurry pic...to tell u how's my feeling are..TQ Allah..TQ Allah..


On stage wif MR MB n YB ShamsolKahar...n my beloved parents!

Pic bawah: Gambar dgn MB next to next! N kengakawan yg cemerlang..Thniah utk korang!

Bergambar bersama dengan ahli satu table Hi-Tea ak..

Nanti aku upload lagi gambar yg ak berjaya snap ek..internet connection is veru slow today..See ya!