Monday, May 21, 2012

Tak Selesa..

Hye.
Salam Isnin.
Sabtu lepas check eG-Tukar.
Memang macam kambing btol keputusannya.
Tapi aku tak sedih sangat macam aku sedih last application tuh.
May be ade yang lebih penting aku mintak, aku dapat.
Heee...

Aku macam nk makan semua mende yang aku nampak.
Kadang-kadang aku siap bungkus kuih 2-3 ulas untuk aku kunyah-kunyah sebelum kelas.
Tp malangnya kuih tuh last-last school session aku buang dlm tong sampah.
Aku tak lalu makan....tak lalu sangat.
Kadang-kadang aku paksa menyumbatkannya.
Akhirnya, ia terkeluar jua dr tenggorok tekak aku nih.
Sampai aku fikir ade tak nutrien yg sempat terserap nih. Risau betul....

Moga aku kembali normal.
Namun kalau ini dugaannya sbg iringan pemberian ini..
Aku redha...=)

Thursday, May 10, 2012

Holla Readers...

Salam.
Perghhh memang lama giler tak menulis.
Sebab xde semangat lorrr...
Banyak yg berlaku dlm Mac dan April lalu. 
Sepatutnye ade blog, hapdet la selalu ye x???

Last Mac, Alhamdulillah mak dan abah selamat menunaikan umrah.
Selamat pergi dan balik.
Sangat hepi for both of them.
Apatah lagi bila mereka cerita pengalaman semasa berada di sana, saya rasa terpanggil dan tak sabar-sabar nk jejak kaki di sana.
Moga ade seru dalam masa terdekat.Insya Allah.
Mak beli macam-macam untuk kami adik beradik, sedara mara.
Tengs makkkkk!
Tp, ada satu dugaan besar buat mak di sana.
Pagi beliau menjejak kan kaki di bumi Madinah, mak dikhabarkan dengan berita pemergian nenek tersayang a.k.a mak kepada mak saya sendiri la.
Saya mungkin tak faham perasaan mak ketika itu, tp saya merasai kesedihan yang dua kali ganda dari biasa.
'Embah' nenek kesayangan saya.
Tak pernah terfikir kalau dia takde dah kt dunia nih sbb saya rasa beliau amat sihat pd pemerhatian saya.
Tak sangka sebab kematiannya kerana ada pendarahan dalam otak. Maybe sebab darah tinggi kot.
So, rasa ketidakseronokan menyambut Hari Raya tahun nih di Johor dh mula terasa kini.

April.
Sangat sibuk sbb dh mula bawa all my athletes to MSSNS Kejohanan Balapan & Padang.
Berulang tuh oiii dr Jelebu ke Kuala Pilah dalam seminggu.
Memang penat sangat tak ingat.
Tp at the end gembira hokkaayyyy.
Sbb most my student yg pergi tuh balik bawak pingat.
Ada yg dapat emas lagi. Hope dia selected la to MSSM.
Tahniah ye!!
Bulan nih juga saya dh genap berusia 26 tahun.
Yeahhhh..Hoyeahhhh.
Saya sangat berterima kasih pada mak dan abah yang selama ini bersusah payah membesarkan saya sehingga saya di hands over kpd suami saya ketika ini.
Walaupun dh de suami, still ngengade ngan mak abah sbb hujung minggu balik melepak umah mak.
Takde duit pinjam mak. Kuikuikuikui....
Takde adiah yg spesel pun except dpt ler aku bergaya dengan Galaxy Note.
Incik Suami suruh sy bertukar kpd Android la. Sng sy nak main game katanye...Hahahahaha.
Iyer la sangatttttt kn!!!Tengs la suami ku sayang. 
Luv you!
Dan yg paling menghepikan saya...
Apa yang saya nanti-nantikan selama ini akhirnye dikurniakan jua kepada saya.
Alhamdulillah Ya Allah.
Ini adiah tahunan istimewa yg sangat mengujakan.
Allah jualah pemberi rezeki dan Allah jualah Yang Maha Mendengar.

Dan akhirnya saya belajar sesuatu dari apa yg saya lalui selama ini..Bersabarlah. Apa yg kita minta atau mohon pastinya didengari Tuhan krn Allah itu Maha Mendengar. Allah jualah pemberi rezeki. Yang penting jangan putus asa untuk berharap dan berdoa dengan ikhlas tanpa bersangka buruk. Insya Allah...