Friday, November 27, 2009

Aidiladha Eve

Hari ini, Alhamdulillah puasa ganti ak untuk hari yang ketiga.Terlaksana jua.Harap amalan diterima.Seawal jam 10 pagi dah siap2 nak bli barang untuk persiapan raya.List yang mak bg malam td, dah tersedia di atas meja sebelum mak pegi kije dgn note RM50, 3 keping.Termasuk duit lemang yg ak n Kak Lily plan nk g tgok org bakar n of course kitorang dh tempah dah.

Pukul 8.30 dikejutkan dengan salam seseorang. Cokgu Rodiah rupenye datang nk bg duit kat mak.Ak terima dalam keadaan mamai.Hmmm..mcm nk smbung tido lg la....Maka, tersambung la untuk barang setengah jam. Then, bangun terus siap2 nk pegi Econsave Bahau.

Sampai Econsave, Masya-Allah, ramai giler manusia mengerumuni tempat barang basah.Macam ni lah keadaan buat persediaan di akhir waktu.Termasukla keluarga ak.Tp, pe yg nk dibeli, dpt disettlekan smoothly.Cume keadaan jek la kot yg agak merimaskan.

Semua barang pun dh selamat dibeli.Then, heading ke lokasi membakar lemang.Di Bukit Laka.Kebetulan family ni, ayah angkat Kak Lili.So, de chance nk tgok cara org wat lemang kaedah yg paling menyedapkan.Nyum2..nyum..Tp malangnye, bile sampai jek tgh tggu lemang nk masak jek..Laaaa..Hampeh sungguh.Kul bape la dorg nih start memproses nih.Diorang plak bz wat preparation nk mkn tengah hari.Lauk mmg yg enak2 bangat.Lauk kampung.Tapi kesian, xleh nk makan sebab we both puase la..

Dalam area pukul 3, lemang yg ditunggu siap dimasak, n we packed all of our thing termasuk la bekal cendawan kukur yang mak angkat K.Lili bg.Suruh makan waktu berbuke.(
Untungnye...de org care ek... )

Sampai umah, kepala ak mule pening sebab panas.So take a rest,dlm pukul 5.30 ak bangun n perform Asar.Masih tak berdaya lagi nk ke dapur siapkan bahan2 apatah lg nk siapkan untuk berbuka ak...Malas, dicampur dengan mind setting AK SEDANG BERPUASA, JD XDE ENERGY..Wah..konon!So, plan break fast kt luar jek la.N memang sgt teringin jus la...

Ak n K.Lili buke pose kt kedai baru kt dlm Serting nih, AB Z TomYam.Not bad la..boleh cube lg next time.Then, singgah solat Maghrib kat umah K.Lily.Selesai Solat Maghrib dan Isyak...kitorang bergegas balik umah sbb mak call...bile nk start wat rendang...Tp alih2, smpi umah, rendang dah separuh jalan masak.Nih rendang masakan style nogoghi.My favourite.Tak pake kerisik.Best..nk cube leh dtg umah ak sok raye..Yuhuuuuu!!

Bertungkus lumus ak n K.Lili kat dapur.Dari rendang sampaila, nasi impit sampaila ke Sambal Kacang.Kak Long ak xdapat nk tolong bnyk sbb die cirit-birit smpi kene masuk air kt hospital tadi.Siannnn....

It's ok..sbb, now dh expert masak sambal kacang.Syioknye jd org yg pandai nih kan.Boleh poyo2.Hmmmm...

So, sambil mencoretkan sesuatu diruangan maya...Ak memang menanntikan Aidil Adha sok...Nk tgok upacara korban lembu yang saban tahun memang KRT Taman Serting Indah nih akan laksanakan...Kepada, semua rakan-rakan yg mengenali diri ini, SALAM AIDIL ADHA, MAAFKAN KETERLANJURAN DIRI HAMBA YG HINA..SEMOGA UKHWAH KITA TERJALIN MESRA DI HARI YG MULIA.Utk seluruh umat Islam di seluruh dunia...Selamat Hari Raya Korban...Sama2 lah menginsafi diri dgn mengenang kisah2 para anbiya antaranya Kisah Nabi Ismail dan ayahandanya Nabi Ibrahim.Dan tidak dilupa, peristiwa Wukuf yg amat bermakna di bulan Zulhijjah...

Wednesday, November 25, 2009

Pengembaraan Bermula: Cuti Sekolah dan Musim Perkahwinan

Cuti sekolah dah bermula. Ramai ibu bapa pasti dah mula merancang aktiviti anak-anak mereka.Ayat sebegini rupa sering dicoretkan bagi memulakan bait-bait perenggan yang akan menceritakan tentang perjalanan suasana cuti sekolah buat yang tidak sabar menantikannya. Namun, pada penilaian ak untuk cuti sekolah versi tahun ini, banyak rancangan yang harus dilupakan memandangkan cuaca di dalam negara yang tidak menentu.Kalau menjelajah ke Utara Semenanjung pun seperti tidak bererti, ke Pantai Timur..Ops Payung la jawabnya. Yang sedang menduduki SPM sendiri pun terpaksa mengaharung pahit getir meredah banjir dan kebasahan.Kesian....

Teringat sewaktu zaman pengajian di KUITTHO yang suatu ketika dulu, pernah menjadi sejarah, Johor merupakan negeri yang agak teruk dilanda banjir. Sehinggakan universiti sendiri terpaksa mengisytiharkan cuti darurat kerana memang tidak boleh diadakan kelas akibat air yang naik mendadak.Ak sendiri berpengalaman manis mengharung banjir bersama rakan-rakan seperjuangan, naik trak SMART dan TDM.Berbaju kurung ke kuliah (biasala cikgu-cikgi) namun, alas kakinya hanyalah selipar yang tahan tak kembang kerana air.Of course la mesti tak ayu. Jalan-jalan disekeliling kampus pun dah tak nampak kerana air sehinggakan Pengawal Keselamatan bukan lah menjaga keselamatan, sebaliknya menjadi GPS nak bagitahu, ini jalan atau longkang.Selamat atau tidak untuk melangkah dan yang seangkatan dengannya.Tapi ini kategori keselamatan la jugakan...

Ak yang tinggal d N9 pun merasa sejuk yang amat tak kira waktu pagi, petang atau malam seperti berada di Cameron Highland (kadang-kadang tak mandi petang la jugak) kerana suhu luar yang agak nyaman dan kadang-kadang kedinginan.Nak ganti puasa time nih pun agak best kerana tak berasa haus, dan waktu berbuka pun agak cepat berbanding di bulan Ramadhan yang sebenar.

Cuti sekolah jugak ramai yang melansungkan perkahwinan.Of course..untuk jemputan ak saja, sampai dh xtau nk pegi yang mana.Mungkin bukan sekadar sukar membuat pilihan, tapi kekangan kewangan juga menghalang ak untuk memenuhi undangan kawan-kawan. Yang rimasnya, terpaksa meredah lumpur dan lecah untuk memeriahkan majlis. Makan pun terpaksa menyinsing kain.Kasut...mesti la terpalit barang segaris lumpur.Tapi xpe, as long as kawan-kawan gembira kita meraikannya, itu dah cukup memadai.Sayang juga, ak agak kecewa kerana satu peristiwa, ak x dapat menghadirkan diri di Majlis Perkahwinan Kak Zila, one of a teacher n SMA DATA. Majlis di adakan di Raub.Bengang sungguh ak dengan F_ _ _ _ _ _ _ _ _.Rasa sangat nak menangis.Sehingga macam-macam mesej sumpah seranah ak hantar kat dia. Emosi la katakan.Kerana keinginan ak pada ketika itu dipengaruhi oleh emosi excited nak datang ke Raub, dan bila xjd, of course la kehampaan terbawa-bawa di dalam hati. Mule2 plan, nak pegi Triang dulu kenduri rumah sahabat kepada F.Then, if secepat mungkin kita sampai, we both plan nak trus heading ke Raub, kenduri lagi satu. Tapi, kalau dh geraknya kul 2 dr Bandar Seri Jempol, agak-agak korang la kan....Boleh tak sampai Raub tuh dapat tgok pengantin dgn costumenya????Bolehla kita fikir kan sama-sama ek..Kes akan menjadi terpencil seandainya ak ada memiliki sebuah helikopter.=)

Anyway, walaupun marah dengan F, tapi ak telah diredakan dgn ketabahan hatinya melayan karenah ak yang agak xbrape nak betul hari tuh.TQVM..Thanx alotta!!Sesungguhnya, diri ini amat menghargai anda kerana sanggup bersusah payah untuk memuaskan segala kehendak hati batu ak nih.Persoalannya juga, ak dan dia rajin betul nak attend jemputan, yang diri sendiri punye.....tak masuk lagi dalam rancangan tahunan..Hmmm..apa nak jadi la.Semoga, Allah membuka jalan rezeki buat kami, memanjangkan jodoh kami, dan akhirnya dapat juga membina impian bersama seperti rakan-rakan yang dah selamat membina masjid kerana Allah.....

Berharap dalam masa terdekat, ak pula yang akan menerima ucapan...SELAMAT BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT....Doakan!!!Kepada yang akan melansungkan perkahwinan, sesungguhnya seribu doa ak kirimkan untuk kebahagiaan kalian..Aminnnn..

Friday, November 20, 2009

Mingu Terakhir Persekolahan...

Salam...

Tanpa disedari..minggu nih adalah minggu terakhir sesi persekolah 2009 dgn jumlah wajib minggu adalah 42.Dan hari ini adalah...hari terakhir persekolahan bersamaan dgn 20 November 2009.Sebenarnya, ada satu catatan rasmi di sebalik tarikh hari ini.Itu..biarlah semuanya rahsia kerana..terlalu privasi untuk dikongsikan...Smile=)

Ak juga mengakui bahawa...minggu ini semua org yg ada kt sekolah tuh adalah mencapai kategori sibuk yang maksimum sehingga jika semua orang tidak berpegang kepada kesabaran, maka berantakanlah kami semua yang ada.

Dari Perancangan Strategik hinggalah perancangan Takwim 2010 sekolah..Dan yang paling terkini adalah serahan tugas rasmi dan peralatan yg telah dipinjam dari Kementerian Pelajaran Malaysia.Juga minggu ini, ak menyaksikan suasana yg dulu pernah ak alami...saat bersedih memohon kemaafan dan penghalalan ilmu yang dituntut dari para pendidik berjiwa mulia..yang tak pernah rasa jemu mencurah jasa. Biarpun seorang PK 1, sampai la ke guru akademik biasa...semua rasa bertanggungjawab untuk sama-sama merasa perjuangan anak didik tercinta di medan peperiksaan SPM.

Ak...dapat tugas baru selain menyelaraskan Perancangan Strategik, Operasi dan Taktikal sekolah.Satu pengalaman baru kerana di beri kepercayaan untuk menjadi antara tonggak utama menetapkan perancangan sekolah versi 2010-2014..dan yang paling penting, tidak melakukan sebarang kesilapan dalam pembinaan Takwim 2010 SMA DATA. Bermula sesi persekolahan tahun depan..ak adalah Penyelaras PPSMI.Segala kije berkaitan Laptop dan LCD PPSMI, ak yang jaga seperti mendaftarkan semua aset alih tersebut. Nak bukak peti besi yg simpan sume barang tuh pun, hanya ak yg tahu kod rahsianya..Hehe...Agak sibuk, namun jika yakin boleh melakukannnya secara terancang..pasti membuahkan hasil yang positif.Mesti teguh matlamat dan pendirian. Dalam pada merangka-rangka...terfikir-fikir juga ak untuk membantu menaikkan gred purata mata pelajaran subjek KHB.Hmmm..untuk Form 1 jek ak tgok resultnye..hampir keseluruhan pelajar adalah gagal dan subjek KHB juga memberi impak yang besar dlm penetapan peratus keseluruhan pelajar.Tahun depan..mesti buat sesuatu..Dan ak dah belajar untuk mengorbankan keselesaan dan kesenangan jika ingin membantu merek yang ak xpasti apa kelemahannya....Insya Allah ye murid-murid..Jumpe Ustazah Ejat di bengkel KHB.Hehe..

Semalam, baik hati teman Yan di asrama sebab tinggal sorang2 kat umah warden.Biasela..roomate kahwin Sabtu nih kat Raub. Petang tuh lepas settle perancangan Takwin, ak teman Kak Suraya g amek baju die yg dah siap jahit kt Simpang Pertang.Then, die nak bli henset baru.Maka, makin jauhla perjalanan kami, dari Simpang Pertang ke Bahau pula.Tak disangka pula berselisih dengan bas yang membawa pemain bola sepak N9 untuk acara menjulang Piala Malaysia di setiap daerah di N9.So, apa lagi..ak ajak Kak Suraya pegi Padang Majlis Daerah sebab..bukan nk tgok piala tuh..tapi nak tgok suami Rita Rudaini.Pukul 5 petang selesai urusan membeli henset, kitorang trus heading g padang.Wah..meriahnya sambutan.Sambil diiringi lagu khas untuk Skuad Hobin Jang Hobin...Lebih kurang camni la...Hobin Jang Hobin....Hobin Jang Hobin.Yang kelakarnya...pekerja kedai hp yg Kak Suraya beli tuh pemain bola sepak Liga M untuk Melaka.Cuma dah resign sebab dia tak dibayar gaji selama 4 bulan.Sian....Dia pun boleh sebut dan nyanyi Hobin Jang Hobin dengan baik..even he is a Chinese..Bangga ak jadi warga negeri N9 negeri beradat Dagho dan Jang...=).I serve u a few pic to be viewed!

Perancangan Takwim 2010 SMA DATA

Cikgu-cikgu VOGUE SMA DATA..GPK KOKO pun layannnn..

Konvoi Bermotosikal yang mengiringi KL On HOP yang membawa Skuad Hobin Jang Hobin

Pemain-pemain di atas bas..


Piala Kebanggan..Kejayaan.Ramai betul crowd petang tuh nk tgok event nih

Nih la rupe player2 N9 dari jarak dekat.Ekcelli, ak haram jadah xtau sorg pun name dorang kecuali yg ensem2 mcm Aidil Zafuan n Zaquan Adha.Hehe..Gilo!Tp yg ala-ala sedang merenung ke arah camera ku tuh pun ensem gak.Ahakz!

Nih bukti ak g tgok acara tersebut secara tak sengaja.Baru balik skul nih..Cayala!

Friday, November 13, 2009

Kenangan Minggu Huru Hara Aku....

Salam..

Dalam 1 minggu, aku boleh story bout the fact yg ak dh adapt ngan suasana sekolah..Tp dalam 1 mggu jgak, sume yg ak ckp tuh leh jd inverse version.Memang tidak dinafikan, ini minggu huru hara ak yg membuatkan ak panas hati, telinga mula perit, mata mula la nk menjeling gak, ikhlas tak juga datang....

Mula-mula sekali, meeting cikgu2 utk Majlis Penutupan Asrama n Perpisahan Pengetua (Ust.Rosli Hussin), ak n Kak Najmah dh kene sindir2 sbb kuar bli breakfast tak bgtau Pengetua juz sign dlm buku rekod kluar guru-guru dan staf..What's the matter??Ak n Kak Najmah dah bgtau GPK 1 n GPK 1 ak pun order gak breakfast ngan kitorang pg tuh..Hmmmm...Kalau ikutkan hati yg membara, ak nekad dh nih...kalau la GPK HEM nih ckp lebih2 lagi memang ak nk angkat kaki dr meeting tuh secara kurang ajar.Walaupun, die xckp direct sape yg wat..(and actually ramai gak cikgu yg nk mntak kuar pg tuh)...Tp, dgn ayat2 menusuk jiwa die tuh pasti akan membuatkan orang sakit hati.Serious!!!

Second is...kalau boleh satu bilik guru tuh nk sub job diorang kt ak!!Ak..kalo stakat nk tolong Pengetua n GPK 1, ak leh consider lagi sbb skarang dlm pemantauan Orientasi la kunun2...tp kalo cikgu biasa len nk suh ak smpi nk setup design sijil ikut format sedia ada, itu adalah melampau dan di luar bidang kuasa penilaian. Tolong la...be creative la..Format dh de...Nk lawa lg, pandai2 la gune font yg dh de kt komputer tuh...Pe masalahnya????N dulu org yg sama agak pemalas nk tulis resit budak2 yg spatutnye die siapkan mase bulan Januari lg, n ak dh tolong tuliskan 2/3 of the name, because that day die sakit perut baby menendang agaknya..ak leh consider nk tolong..tp kalau dh baby tak menendang still masih nk mintak tolong ak habiskan buat..itu adalah melampau!!Grrrrrrrr......



Ketiga adalah, semalam adalah hari paling buat ak rase nk menjerit jek tolong consider ak..dalam minggu nih. Coz sume kije yg dipertanggungjawabkan adalah datang secara serentak dan tanpa belas kasihan...dan hari ini pertama kali ak tipu Pengetua.....ak tengah wat minit meeting Alumni sbb nk meeting kt Sepang nnt, sbb pg2 lg die dh dtg carik aku..Ak terpaksa sbb mjlis petang nih adalah yg lebih PENTING SEGERA..ak kene habis siapkan video penuh dramatik yg ak dan K.Dijah dh almost done..Sorry ustazah, sengaja...Hehe..

Dan yg keempat, adalah nikmat merasa kelapangan dada dan ketenangan minda apabila semua perkara dapat diselesaikan dan boleh memuaskan hati semua pihak.Ak berbangga dgn usaha xseberapa ak dan K.Dijah utk cuba menghidupkan 'momen' menyentuh jiwa pada majlis perpisahan hari ini...Ternyata video yg dihasilkan telah mmpu menitiskan airmata warga pendidik yg telah sama2 berjuang memperkasa SMA DATA di bawah pimpinan Ust.Rosli yg begitu merendah hati.Walaupun ak sebenarnya kalau nk diikutkan xde kenangan langsung pun dgn Ust.Rosli, namun dlm tmpoh 2 hari mengenali diri beliau, video yang ak n K.Dijah buat tuh, even dh tengok banyak kali, ptg majlis penuh makna tuh, masih tidak ku mampu menahan AIRMATA dr gugur utk membazirkan tisu2 ak.Sesungguhnya, bila dikaji balik diri ini, ak nih adalah orang yg boleh adapt dgn situasi tertentu..yg mana...bila org sedih, ak akan sedih...bila org suke...ak boleh suka...Lagi2 bila mengenangkan cerita kebaikan Ust.Rosli tuh dr guru2 sekolah tuh menambahkan lg rasa kekaguman ku ats kerendahan hati beliau...


Engkau tiba...Bagaikan pelangi...
Tak bercahaya...Namun kau berseri...
Tapi cukup menghiburkan hati ini..


Bait-bait kata rangkap ini sudah cukup utk merungkaikan sifat ketulusan budi dan kerendahan hati bekas Pengetua SMA Dato' Haji Tan Ahmad.....

Thursday, November 5, 2009

Seminggu di SMA DATA..Over the Top!

Salam..bertemu kembali dalam ruang maya ini. Alhamdulillah. Ak dah berada di SMA Dato' Hj Tan Ahmad, almost one week.Perjalanan masa yg begitu pantas berlalu.Mungkin kerana kesibukan aktiviti pengurusan diri di sekolah baru.Honestly, utk first n 2nd day..Ak menangis la gak.Sbb terbayang akan melalui perjalanan panjang ke sekolah.Tp xpun sebenarnye bila ak dh kerap berulang nih.Orang kata, alah bisa tegal biasa.Adalah dalam 40minit jek kalo bawak kete dgn kelajuan makan angin.Ak rase susah di sekolah baru sbb everything kene diuruskan sendiri.Jadi, ak jadi sayu hati kebetulan pada hari lapor diri, mak ak sakit bulanannya spt biasa...Ak jd hiba yg teramat sgt maka airmata jua pengubat duka.

Mungkin dicampur keserabutan ak memikirkan perlu atau tidak ak menjadi warden.Seriously, I'm not ready yet utk pikul tanggungjawab tu sbb dh syok kot dok umah nih.Ak jadi lebih bertanggungjawab terhadap keluarga.Tp kdg2 tuh kalo dh penat sgt ak xsempat jugak kemas umah.Buat malu jek dgn Amirah Sharif mase die dtg umah utk pegi LDP same2.Sori Kakak..next week dtg lg, ak kemas umah tiptop punya...Haha...

Tapi, dalam pada kesibukan tuh, sebenarnye bnyk benda ak telah pelajari terutama dalam aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah sampailah bab2 membuat gaji sndiri dan bagaimana ak berurusan dengan pihak atasan di BPI, KPM dan SPI JPNS.Alhamdulillah, semua telah bnyak membantu ak.Itu pun kerana ak dikelilingi guru-guru yang x kedekut menyampaikan info itu dan ini.

Allah jua pemudah segala urusan.Ak tidak keseorangan merasa sukar untuk bangun pagi krn ditemani seorang kakak yg mengajar di situ kebetulan tggal berhampiran kawasan rumah.Jadi, tanpa segan silu dan kompidennya, ak xmalu utk tumpang die sementara ak nk tggu ada kenderaan sendiri.Hmmm..tak sabar rasenye nk tggu Januari 2010 nih.Harap2, ak dah tak menyusahkan orang lg, malahan ak nak pula menyenangkan orang yg selama nih bnyk membantu ak dr segi material, mental dan emosi..

Gelaran ustazah yg student ak pggil utk semua cikgu kat sekolah tuh, rasa janggal bg diriku.Bukan tidak boleh terima terus, cuma sekadar berasa rendah diri plak bila masuk kelas dan bersemuka dengan para pelajar.Ak secara automatik mengontrol ayu bila diorang semua panggil ak dengan panggilan tuh.

Hakikatnya, ak berbangga dengan pelajar2 di sini.Walaupun, tidaklah sehebat pelajar2 aliran agama di SMKA mahupun di SMAP2, ak tau suatu hari nnt andai tidaklah panjang hayat ku di dunia ini, pelajar2 inilah yang boleh diharap untuk melaksanakan solat jenazah untuk aku.Baik pelajar lelaki mahupun perempuan, semua penuh yakin tampil ke hadapan di perhimpunan sekolah untuk membacakan doa rasmi sekolah.

Cikgu2 lain agak cool dan best pada penilaian mata kasar ak.Cuma sejak dua menjak nih, ak sering diingatkan tentang perlu ada rasa waswas terhadap mereka walau baik macamana pun dorang nih sume kat ak..Hmmmm..amaran2 camnih slalu membuatkan ak mengambil langkah senyap, sekadar dengar dan buat bodoh bila terasa diri 'termasuk' dalam sahutan2 ketidakpuasan hati yang berbeza2.

Dan, sekarang...ak cuba mengadaptasi segala kesukaran dan kesenangan yang bakal ak lalui.Mungkin ini apa yang terbaik telah dicatat utk aku walaupun ak tlah menghadiri slot mikroteaching PPPS MRSM..dan walaupun ak rasa bangga untuk mempertahankan diri ak semasa sesi tersebut, ak rasa TEMPATKU BUKAN DI SINI(MRSM)..Biarlah ak bersederhana, bersusah payah, kerana dari aspek positifnya, itulah tempat dan ruang untuk ak belajar ke arah dunia pembangunan diri ak sendiri.Insya Allah...